in ,

Ini Sebab Bateri Phone Cepat Rosak

Sumber gambar: Pinterest.com

Aduh rasanya tadi before keluar rumah dah charge phone sampai full battery. Tapi kenapa cepat sangat habis bateri ni? Dah sampai masa kena tukar bateri baru kot ya?

Bila phone tak ada bateri bila nak berjalan adalah satu masalah besar. Nak berjalan pun rasa tak tenang, nak scroll social media pun berhati-hati sebab takut tak cukup bateri. Dapat pula power bank terlupa nak charge, lagi bertambah rasa sakit hati tau. Itu satu hal, kalau cable ada tapi power bank tak bawa pun satu masalah juga, hehe!

via GIPHY

Korang mesti tertanya-tanya kenapa la agaknya bateri phone ni cepat sangat habis walaupun dah charge sampai penuh. Ada sebabnya tau kenapa bateri phone korang tu cepat habis. Antara sebabnya ialah kerana…

SELALU CHARGE SAMPAI PENUH

Image result for phone charging 100%
Sumber gambar: Computerworld

Tak salah charge sampai penuh, memang patut pun charge sampai bateri jadi 100%. Tapi jangan biasakan plug masih on walaupun bateri dah sampai 100%. Make sure lepas bateri dah sampai 100%, terus cabut cable tu. Walaupun phone kita dah cukup pintar, tapi ada kalanya ia akan memberi effect pada β€˜nyawa’ bateri.

SELALU BIARKAN BATERI HABIS BARU NAK CHARGE

Image result for no battery
Sumber gambar: Teeshirtpalace

Ada certain pengguna suka sangat biarkan bateri habis sampai phone off secara sendiri. Sebenarnya tak elok tau buat macam tu sebab ia akan membuatkan phone korang bekerja dengan lebih kuat bila dah on charger. Adalah lebih elok sekiranya korang terus charge phone bila bateri dah sampai 10%. At least tak ada la sampai phone dah off baru nak charge ya.

OVERHEATING

Image result for phone overheating iphone
Sumber gambar: Macobserver

Phone ni kan bahan teknologi, so tak mustahil la phone korang akan alami overheat. Bila phone dah overheat, of course bateri akan terus rosak. For those yang pakai iPhone, korang akan dapat notification mengatakan bahawa phone korang dah overheat dan perlu β€˜direhatkan’ sementara waktu. Bila dah dapat notification macam tu, make sure jangan main phone dah. Letak tepi dulu buat sementara waktu dan jangan sentuh phone buat seketika.

CHARGE PHONE GUNA CASING

Image result for charge phone using casing
Sumber gambar: Gadgetsnow

Setiap phone ada macam-macam jenis casing. Ada yang jenis getah, plastik, kayu dan macam-macam lagi. Sebenarnya kalau charge phone guna casing pun akan menyebabkan bateri phone rosak. Mesti korang nak tahu apa kaitan benda tu kan. Actually casing phone boleh memerangkap haba tambahan yang akan merosakkan bateri phone korang. So kalau nak selamat, buka dahulu casing phone tu.

Lepas ni jangan tertanya-tanya dah kenapa bateri phone korang asyik habis dengan cepat kalau korang sendiri banyak kali buat benda yang Ainaa mention dekat atas ni tadi. Make sure lepas ni jaga phone tu elok-elok okay.

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Penyakit Yang Masih Belum Ada Ubatnya

Antara Tanda-Tanda Badan Korang Mungkin Beracun