in ,

Ini Rupanya Fungsi Kotak Makanan Cereal…

Sumber gambar: Youtube.com

Makkk! Mana bekas nak letak coco crunch ni? Getah dah habis, kena masukkan dalam bekas lain.

via GIPHY

Setiap kali beli cereal, mesti ada masalah sama ada nak ikat dengan getah atau masukkan dekat dalam bekas tupperware mak dekat dapur tu. Mula la mencari bekas sampai satu rumah, tak cukup dengan tu bergaduh pula dengan adik-beradik yang lain sebab berebut cereal ya.

Korang pernah tertanya-tanya tak kenapa semua makanan cereal dijual dekat dalam kotak? Walhal cereal tersebut sudah pun berada dekat dalam plastik kan? Kenapa kena ada lagi kotak? Mungkin salah satu sebab ialah untuk melindungi cereal tersebut daripada hancur dan rosak. Tapi takkan sebab tu je?

Sumber gambar: Facebook

Ha, kalau korang nak tahu sebenarnya ada fungsi lain kotak tu. Mungkin selama ini kita semua dah silap sebab pakai getah untuk ikat plastik cereal tersebut supaya tak masuk angin. Tapi sebenarnya ada cara lain yang lagi mudah untuk elakkan cereal tersebut daripada masuk angin.

Caranya ialah dengan hanya melipat kotak tersebut sahaja. Korang boleh tengok tutorial yang tersedia dekat bawah ni. Rupanya macam tu je caranya untuk simpan? Tak perlu la sampai kena cari getah ikat barang atau masukkan dekat dalam bekas tupperware?

Posted by Haatim Roslan on Monday, May 11, 2020

Mesti korang rasa tertipu kan? Haha! Ainaa pun terkejut sebenarnya ada cara simple macam tu sebab selama ni Ainaa akan ikat sahaja dan itu pun getah selalu putus sebab plastik tebal! At last masukkan dekat dalam bekas je senang, nak makan buka bekas, dah habis makan, tutup semula, confirm tak masuk angin.

Lepas ni jimat la sikit getah ikat barang dekat rumah tu. Ha, lagi satu kotak cereal yang dah habis tu pun korang boleh buat kitar semula atau jual semula. Dapat la juga duit tepi nanti kalau dah ada banyak kotak yang korang simpan. Maklum la, waktu PKP ni kan banyak masa terluang, boleh la buat hobi baru kan.

Sumber gambar: Facebook

Tapi betul tau girls, barang-barang kotak macam tu boleh dikumpul sama ada untuk dikitar semula atau dijual. Korang pun boleh la kumpul segala macam barang-barang yang boleh dikitar semula dekat rumah tu dan terus jual, baru la korang boleh tambah duit poket dan isi masa lapang.

At the same time, kotak cereal tu juga korang boleh gunakan untuk dijadikan lapik dekat dapur ke atau produk kitar semula. Sekarang ni kan ramai orang tengah kreatif gubah itu ini dalam musim PKP macam ni. Daripada kita membazir macam tu je, baik fikirkan cara lain untuk inovasi cara baru.

Lepas ni tak perlu la terus buang semua kotak cereal tu kan, kumpul dan jual! Duit pun bertambah juga, hehe! Kalau korang, lebih prefer yang mana satu? Ikat getah, simpan semula dalam kotak atau transfer dalam bekas baru? Since Ainaa belum lagi pernah cuba cara simpan semula dalam kotak ni, mungkin lepas ni Ainaa akan cuba cara ni dan kalau berkesan dan cereal tak masuk angin, confirm akan teruskan dengan cara ni. At least tak ada la membazir getah, boleh la buat lastik cicak dekat rumah, haha!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Filem Terbaik Tentang Persahabatan Yang Wajib Layan

Top 5 Lagu Korea Tentang Friendship