in ,

Ini Rahsia Sebalik Hidangan Makanan Korea

Sumber gambar: Youtube.com

Aduh, tengok Kdrama ni mula la rasa teringin nak makan macam mana yang diorang makan. Dapat ramen malam-malam ni pun best juga haihh.

List 7 South Korean YouTube Channel for Mukbang | Byeol Korea
Sumber gambar: Byeolkorea

Siapa je yang tak terliur setiap kali tengok orang makan dalam Kdrama? Tak kisah la kalau dia makan toppoki sekali pun, mesti rasa teringin nak makan juga padahal sebelum ni tak pernah pun nak makan makanan Korea kan. Tapi for those yang memang minat sangat makan makanan Korea, mesti korang dah biasa dengan cara hidangan makanan mereka kan. Sekali makan mesti akan ada banyak jenis makanan, hakikatnya ada ‘rahsia’ di sebalik setiap makanan yang dihidangkan. Apa la agaknya rahsia tu ya? Jom kita rungkaikan rahsia sebalik makanan Korea…

TIADA DESSERT MANIS

Korean Tea Ceremony
Sumber gambar: Antiquelive

Biasanya kalau kita dekat sini, habis je makan mesti rasa nak makan buah-buahan atau apa sahaja dessert yang manis. Maklum la, penutup makanan mesti la nak yang sedap-sedap sahaja kan. Tapi berlainan pula dengan hidangan orang Korea. Selepas habis makan, kita akan dihidangkan dengan minuman seperti teh hijau atau apa sahaja jenis teh yang berkhasiat. Tujuannya ialah untuk memastikan badan dapat neutralkan semula segala makanan yang telah kita makan.

MAKANAN DIHIDANGKAN SERENTAK

Anyeonghaseyoo, Tak Perlu Pergi Korea, Dekat Malaysia Pun Ada ...
Sumber gambar: Mykampus

Kalau cara makan orang Barat, mereka akan hidangkan makanan satu per satu. Dimulakan dengan hidangan pembuka selera, hidangan makanan utama, hidangan sampingan dan juga pencuci mulut. Orang Korea biasanya akan hidangkan semua makanan serentak di atas meja. Kalau ada 10 menu, 10 pinggan la yang akan ada dekat atas meja. Setiap orang akan memiliki set mangkuk nasi bersama sup mereka sendiri. Boleh jadi sampai lebih 10 hidangan tambahan kepada hidangan utama. So kalau korang pergi ke Korea dan melawat rumah penduduk dekat sana, jangan terkejut kalau ada banyak makanan dekat atas meja ya.

TIADA BANYAK MAKANAN BERKUAH

Nikmati Makanan Korea Halal Di Eid Authentic Korean Cuisine Bangi
Sumber gambar: Afzalsukasuki

Bagi orang Korea, makanan jenis berkuah hanya ada pada suh atau hidangan rebus yang tertentu sahaja. Kalau sayur goreng, memang takkan ada kuah macam biasa mak kita buat tu. Bubur Korea biasanya dimasak secara pekat dan likat, mana kala makanan rebus akan mempunyai sedikitΒ  sahaja jumlah cecair di dalamnya. Biasanya makanan tambahan atau disebut sebagai banchan akan dihidangkan di tengah meja untuk dikongsikan beramai-ramai. Biasanya kimchi memang hidangan utama mereka, tetapi banchan lain yang akan dihidangkan ialah sayur-sayuran yang dimasak rebus atau digorengkan.

MAKANAN TERBAIK IALAH NASI

5 Tips Memasak Nasi Pulen Ala Restoran Jepang - kumparan.com
Sumber gambar: Kumparan

Setiap kali makan, mesti kena ada nasi. Sama la macam kita dekat Malaysia, setiap kali makan memang wajib ada nasi, kalau tidak mesti tak rasa kenyang sangat. Di Korea, makanan mereka tidak lengkap tanpa nasi yang sudah dikukus yang mana nasi itu kalau di sini kita panggil nasi beras pulut kerana tekstur yang melekit. Mereka juga akan tambah sedikit kacang, barli, bijirin atau pun jaging untuk menjadikan ia sebagai JuK iaitu bubur.

Bagi mereka, pembaziran nasi ialah satu kesalahan dan pantang larang. Setiap butir nasi dan beras harus dihabiskan. Even kalau ada kerak nasi pun, mereka akan rendam dengan air dan jadikan ia sebagai sungyung. So, kalau korang ke rumah crush dekat Korea tu, make sure habiskan nasi korang tu supaya tuan rumah tak beranggapan bahawa korang tak suka makanan yang mereka hidangkan itu.

Since korang dah tahu ‘rahsia’ tentang hidangan makanan Korea, lepas ni boleh la share pada kawan-kawan korang yang lain. Ehemm, habis je Covid-19 ni boleh la ke Korea kan? Hehe!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Resepi Oats Untuk Makan Waktu Sahur!

Cara Kurangkan Mencarut Paling Simple