in ,

Ini Punca Masalah Jerawat Bahagian Dagu

Sumber gambar: Pinterest.com

Aduhhh kenapa banyak jerawat dekat dagu dengan leher ni! Gatal-gatal ni buat rasa tak selesa! Kalau terkena pin ni lagi la sakit!

Siapa yang sedang mengalami masalah jerawat dekat bahagian dagu dan leher? Atau lebih mudah di kawasan jawline korang? Tak dinafikan jerawat bukan sahaja muncul di bahagian muka sahaja. Tetapi ia boleh ‘merayau’ sehingga ke kawasan leher kita.

Ini 4 penyebab jerawat di dagu wajib dielakkan untuk kulit licin ...
Sumber gambar: Nikmatterbaik

Kalau jerawat dekat bahagian leher pun dah buatkan kita annoyed, ini kan pula kalau dekat bahagian leher. Lagi la tak ada mood, lagi-lagi kalau yang bertudung tu. Even dah bertutup dengan tudung pun sebenarnya masih lagi tak boleh disorok, bila buka tudung pun jerawat tu masih akan kelihatan. Kita pun akan rasa moody bila belek muka dekat depan cermin.

PUNCA JERAWAT LEHER

Punca utama mengapa terjadinya jerawat dekat bahagian leher itu ialah disebabkan pori-pori kulit kita mati sehingga menyebabkan kekotoran ‘muncul’ serta membuatkan bakteria timbul menjadi jerawat. Jangan ingat pori tersumbat ni hanya terjadi di bahagian muka sahaja. As long as ia merupakan bahagian kulit ditubuh badan, maka akan tetap terjadinya pori tersumbat.

  • Tidak basuh leher dengan bersih ketika mandi
  • Menggosok atau menggaru kulit dengan terlalu kuat
  • Hormon tak seimbang
  • Stress
  • Tidak mandi selepas melakukan aktiviti sukan yang mengeluarkan peluh
  • Pakai makeup terlalu tebal sehingga menyebabkan pori tidak bernafas
  • Kolar baju tidak serap peluh
  • Tak scrub leher
  • Jarang cuci rambut bagi yang berambut panjang sehingga menyebabkan irritasi dekat bahagian leher

via GIPHY

Setiap masalah mesti akan ada jalan penyelesaian kan? Sama juga dengan masalah jerawat dekat bahagian leher ni. Ada beberapa cara yang boleh korang lakukan untuk merawat jerawat tersebut iaitu…

BENZOIL PEROKSIDA

Ampuh Mengatasi Jerawat, Ini Berbagai Keunggulan dan Efek Samping ...
Sumber gambar: Beautynasia

Bahan ini mampu untuk membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat. Keadaan jerawat yang membengkak akan mengurangkan jerawat baru dan jerawat lama. At the same time, ia juga mampu untuk mengurangkan minyak di kawasan kulit muka yang menyebabkan jerawat timbul.

UBAT JERAWAT

Lebih 16k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Tip & Produk Paling Efektif ...
Sumber gambar: Says

Ubat jerawat ialah salah satu bahan penyelamat untuk korang yang mengalami masalah sebegitu. Tapi ia hanya boleh digunakan sekiranya masalah jerawat korang berada di tahap yang rendah dan tidak perlu menerima nasihat daripada pakar. Namun sekiranya masalah jerawat korang berada di tahap yang kritikal, dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor terlebih dahulu.

Ada beberapa ubat-ubatan yang ditetapkan untuk merawat jerawat iairu antibiotik minum, Isotretinoin atau roaccutane dan juga ubat pengendali hormon seperti pil KB.

Kulit wajah sihat, cantik | Harian Metro
Sumber gambar: HarianMetro

Namun ada sesetengah doktor akan menasihatkan pesakit untuk mendapatkan rawatan lain iaitu dengan cara:

  • Chemical peeling
  • Mikrodermabrasi
  • Fototerapi
  • Rawatan laser

Merawat jerawat di kawasan leher bukan la satu perkara yang mudah dan juga bukan la susah, boleh jadi kaedah rawatan tidak menjadi seperti yang diharapkan. Tapi kata orang, tak cuba tak tahu kan? Jom kita cuba dengan cara ini

  • Terus mandi lepas melakukan aktiviti berpeluh
  • Bersihkan leher dengan air suam
  • Menggunakan pakaian yang serap peluh
  • Selalu tukar baju dan tudung
  • Jangan kerap sentuh kawasan leher atau pakai aksesori seperti rantai dan juga anting-anting panjang
  • Selalu tukar sarung bantal dan cadar katil

via GIPHY

Ada sesetengah orang memang jenis tak boleh berpeluh, bila berpeluh mula la naik ruam atau jerawat di beberapa kawasan sensitive. Apa yang boleh korang lakukan ialah cuba untuk elakkan melakukan apa-apa perkara yang menyebabkan jerawat itu tibul. For those yang bertudung, make sure selalu gantikan tudung tu dan cuci dengan bersih okay!

What do you think?

8 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lagu Girl Group K-Pop Wajib Stream Bulan Ini!

ASTRO Raih Album Terlaris Minggu Ini