in ,

Ini Punca Kenapa Kulit Muka Korang Kusam…

Sumber gambar: https://www.idntimes.com/life/relationship/fajar-laksmita/7-tips-sederhana-yang-ampuh-atasi-kulit-kusam-kering-c1c2

Siapa je yang tak nak muka flawless dan cantik? Tipu kalau korang cakap korang tak kisah semua tu. Nak muka flawless, kena la selalu jaga kulit muka. Takkan nak biar kusam je kan? Harini Ainaa akan share dengan korang amalan biasa yang buatkan kulit muka jadi kusam…

TAK SCRUB MUKA

Sumber gambar: http://www.azhan.co/panduan-lengkap-penjagaan-wajah-yang-betul/

Fungsi scrub muka ialah untuk singkirkan segala macam kulit mati. At least kita kena scrub muka sebanyak tiga hingga empat kali seminggu. Korang kena cari scrub yang sesuai dengan jenis kulit muka. Jangan gosok kulit dengan terlalu kasar sebab nanti kulit muka korang akan cedera.

MALAS CUCI MUKA

via GIPHY

Benda ni yang paling penting sekali korang kena buat kalau nak muka flawless. Kalau cuci muka pun malas, macam mana nak dapatkan kulit yang sihat? Amalkan double cleansing supaya muka korang betul-betul bersih daripada segala kotoran. Before tidur make sure cuci muka dulu ya.

KEBERSIHAN

Sumber gambar: https://www.rhbabyandchild.com/catalog/category/collections.jsp?categoryId=rhbc_cat101050

Sebenarnya kita kena tukar sarung bantal, cadar tilam dan tuala at least seminggu sekali. Kadang-kadang kotoran yang ada dekat bantal akan buatkan kulit muka korang terkesan. Bakteri dan habuk akan senang masuk ke dalam kulit dan buatkan jerawat tumbuh dekat kawasan pipi korang.

KURANG MINUM AIR

via GIPHY

Air ialah benda paling utama yang perlu korang titip beratkan. Biasakan diri minum air at least 3 liter atau lapan gelas sehari. Air dapat menghidratkan dan cerahkan kulit kita dari dalam tau. Cuba korang amalkan minum air secara consistent selama seminggu. Confirm nampak perubahan yang ketara.

Agak-agak korang buat tak perkara dekat atas ni? Kalau buat, dah boleh la slowly kurangkan ya. Nak kulit muka cantik kena la alert dengan perkara berkenaan ya girls.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Banyak ‘Rahsia’ Untuk Buat Bulu Mata Melentik!

Bestnya Bila Ada BFF Lelaki 😝