in ,

Ini Perkara Larangan Waktu Tengah Dating…

Sumber gambar: https://www.thewarriorwire.org

Nak dating ke nak buat hal sendiri? Kesian si dia duduk dekat depan termenung tunggu korang settle dulu dengan hal yang tak berkenaan. Eh kan tengah dating? Kenapa korang macam tak nak layan si dia je? Kalau tak nak dating baik duduk rumah tengok TV lagi best. Ada beberapa perkara yang korang kena elak buat waktu tengah dating. Benda ini akan spoil mood kedua-dua pihak which is

ASYIK DENGAN PHONE

via GIPHY

Korang bercinta dengan manusia ke dengan phone? Apa function si dia dekat depan mata kalau tengah dating pun sibuk nak scroll social media? No no no! Jangan sesekali asyik nak main phone je even si dia kata tak kisah dengan perbuatan korang itu. Buatnya asyik main phone je, dah kena tinggal dengan boyfriend pun korang boleh tak perasan.

THROWBACK KISAH DENGAN EX

via GIPHY

Dah nama pun tengah bercinta dengan orang lain, korang sibuk nak throwback dengan si dia kisah cinta tak kesampaian waktu form 1 dulu pula! Spoil mood si dia je lepas itu nanti ada la tu adegan drama Melayu, merajuk minta dipujuk. Seelokknya elakkan berbual tentang kisah silam korang dengan orang lain. Sakit hati bila dengan kisah cinta tak kesampaian pasangan kita…

TAK JAGA BATAS

Related image
Sumber gambar

Ya, tahu tengah seronok dan bahagia bercinta sampai kalau boleh tak nak berpisah langsung. Tapi takkan sampai seronok sangat dating, tak perasan orang sekeliling tengah tengok korang. Beringat sikit, tak manis bila orang tengok korang dalam keadaan macam itu. Sekali tengah nak bermanja dekat public, nampak cikgu disiplin. Maka bersiap sedialah korang kena ceramah dekat sekolah hari Isnin nanti!

KEDEKUT KELUARKAN DUIT

via GIPHY

Terlampau pegang pada prinsip ‘lelaki kena bayar’ sampai satu sen pun korang tak keluarkan waktu tengah dating. Amboi amboi, masing-masing tengah sekolah, korang boleh pula mengharapkan si dia bayarkan semua benda. Si dia pun mengharapkan duit poket sekolah atau duit yang parents bagi untuk keluar dating dengan korang. Lagi bagus kalau masing-masing keluarkan duit sendiri. Tak adalah terasa sangat duit banyak keluar waktu dating.

Dating memang seronok tapi biar berpada ya girls. Korang pun still sekolah so tak banyak benda yang korang boleh buat waktu dating. Ingat, jangan seronok sangat sampai abaikan study okay girls.

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Hati-Hati Dengan Media Sosial ‘3R’

Angry Birds Face Paint Challenge.