in ,

Ini ‘Penyelamat’ Untuk Orang Kebosanan

Sumber gambar: YouTube Batterie

Alaaa, baru seminggu perintah kawalan pergerakan tapi rasa macam dah berminggu-minggu! Bosannya duduk rumah, nak keluar pergi taman tak boleh, pergi beli air boba pun tak boleh.

Bertabahlah jiwa muda, semua ini dibuat demi kebaikan kita juga. Just imagine kalau tak perintah kawalan pergerakan ini tak diadakan, mesti lagi ramai yang akan dijangkiti Covid-19. Dah kena kuarantin pun jumlah masih bertambah, inikan kalau dibiarkan sahaja.

Dalam masa kuarantin ini mesti korang pun dah habis akal tak tahu nak buat apa, nak ikut semua idea aktiviti yang Ainaa dan Zoe bagi pun macam semua korang dah buat sepanjang seminggu inikan? Tapi dalam tempoh kebosanan kita, sebenarnya ada penyelamat yang tak didendang. Even korang pun tak perasan ‘mereka’ itu semua merupakan penyelamat bagi korang, antaranya ialah…

PLATO

Image result for plato game
Sumber gambar: Google Play

Dulu orang biar je Plato, ada dekat phone pun tak nak main. Even ada yang langsung tak pernah install. Sekarang dalam tempoh kuarantin ini, tahu pula nak install Plato ya. Bila tengok dekat Twitter pun ramai yang share ID masing-masing sebab nak ajak geng main game. Plato best tau sebab ada banyak sangat game yang korang boleh main. Antaranya ialah bowling, UNO card, Warewolf, pool, Zombie dan banyak lagi. Nak main dengan strangers pun boleh, asalkan korang add mereka sebagai kenalan dekat Plato. Boleh promote ID Plato korang dekat social media, boleh ajak kawan-kawan main sekali, taklah bosan sangat main game Candy Crush sorang-sorang, hehe!

NETFLIX, IFLIX, YOUTUBE

Image result for netflix naik harga
Sumber gambar: Remaja

Since sekarang dekat TV dah dibuka banyak siaran, tapi itu masih tak mencukupi ditambah pula dengan cerita yang berulang-ulang. Sampai korang pun dah boleh hafal skrip dalam cerita itu. Inilah masanya untuk kita beralih sekejap kepada Netflix, iFlix, YouTube atau segala apps yang dicipta khas untuk menonton movie. Di Netflix sekarang pun tengah ada banyak movie baru termasuklah drama Korea dan English. Kalau nak tengok drama Melayu, boleh tengok dekat iFlix atau VIU. Tapi dalam korang seronok tengok movie, jangan sampai abaikan tanggungjawab lain ya. Kalau mak minta tolong dekat dapur, pergi tolong ya jangan dibiarkan mak korang berseorangan dekat dapur.

HAIWAN PELIHARAAN

Korang ada haiwan peliharaan? Tak kisah sama ada kucing, sugar glider, hamster, arnab, tikus, lipas atau apa sahaja yang korang simpan dekat rumah. Ha, mereka ini sebenarnya penyelamat untuk kita tau. Waktu inilah kita boleh beramah mesra dengan haiwan peliharaan kita, kenali mereka dengan lebih rapat. Cuti macam ini bagilah makanan extra supaya mereka akan lebih menghargai korang! Ini memang kes dah bosan sangat sampai ada satu video viral di Twitter, Ainaa jumpa ayah dia mengajar kucing tentang Covid-19. Tapi betul, sebenarnya haiwan peliharaan kita boleh dikatakan sebagai hiburan diwaktu lapang. Jangan korang kuarantin mereka dalam rumah sekali sudah, bagi  juga dia main dekat luar.

LUNARIA

Walaupun sedang dalam perintah kawalan pergerakan, Lunaria tetap ada dengan korang. Kami tetap akan update article, video dan benda best dekat social media kami. Korang kalau nak tengok video latest, kena pergi dekat Youtube channel LunariaTV. Last week kami ada up video Ainaa ajar Tee cara untuk style tudung sekolah, ada dalam lima style semuanya. Ha, pelikkan macam mana boleh jadikan tudung sekolah banyak style? Kenalahtengok kalau nak tahu, hehe! Hari ini pun akan ada video baru juga. Nak tahu kena tengok sendiri petang ini. Korang dah follow belum social media kami? Twitter, Instagram dan Facebook @Lunariamy? Kalau belum, follow sekarang sebab hari-hari kami ada buat content best! Before tempoh perintah kawalan pergerakan ini, hari-hari kami ada update tentang life dekat ofis dan ada juga buat Ask Me. Harapnya lepas semua nii dah berakhir, boleh kami back to our routine hiburkan korang!

See, mereka ini memang hero yang tak didendang! Apa pun harapnya korang masih ada aktiviti yang boleh dibuat dekat rumah. Jangan merayau dekat luar ya, nanti kena tangkap dengan polis. Ehemm, study pun jangan lupa juga!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments