in ,

Ini Pantang Larang Lepas Putus Cinta

Sumber gambar: Favim.com

Urghh kecewanya dengan dia! Hari itu kata sayang tapi sekarang dia boleh pula cakap dah tak sayang kita. Lelaki semua sama tau!

Woww, marahnya sis kata semua lelaki berperangai yang sama ya. Jangan macam itu, tak semua lelaki perangai teruk macam ex-boyfriend awak. Ada je yang baik cuma mungkin tak jumpa lagi. But it’s okay, korang pun masih sekolah lagi so tak payah nak fikirkan tentang cinta ya. Ada antara korang yang baru lepas putus cinta? Korang putus cinta sebab apa? Jangan sedih-sedih okay. Since ada yang baru putus cinta, ada beberapa pantang larang yang korang tak boleh buat after putus cinta which is…

STALK SOCIAL MEDIA SI DIA

via GIPHY

Kata dah putus? Kenapa nak stalk segala macam social media dia pula? Korang asyik stalk dia tapi dia bukan kisah tentang korang pun, buat penat je nak peduli tentang dia. Jangan sedih lagi girls, tak perlu pun nak stalk social media dia. Kalau dia ada post gambar dengan perempuan lain pun, biar dan tak perlu nak bitter. Korang kena move on! Off segala notification dekat social media dia supaya korang tak dapat update dariΒ dia lagi. Tak mendatangkan faedah pun kalau kita stalk. Takut nanti lagi sakit hati pula, kita asyik stalk dia sekali dia dah happy dengan girlfriend baru, huhu!

MERATAP KESEDIHAN

Image result for sad girl cry aesthetic
Sumber gambar: Pinterest

Hello girls! Kita tak perlu nak meratap sedih-sedih sangat bila dah putus cinta. Asyik menangis setiap hari teringat kenangan manis dengan si dia lepas itu update story sedih-sedih. Kita kena terima kenyataan yang korang berdua tak ditakdirkan untuk bersama. Mungkin ada hikmah apa yang terjadi. Okay, tak salah kalau nak sedih cuma tak perlu nak sedih melampau sangat sampai tak nak pergi sekolah, moody dengan kawan-kawan, makan pun tak nak! Sedih sikit je tapi tak perlu melampau sangat okay.

BALAS DENDAM DEKAT SI DIA

via GIPHY

Since korang dah putus, korang pun decide untuk balas dendam dekat si dia. Dengar saja dia ada girlfriend baru, korang pun buat plan untuk rosakkan relationship mereka. Alamak, tak baik tau sis! Jangan terpengaruh dengan drama TV please! Lagi pun kalau balas dendam, apa yang akan dapat? Tak dapat apa pun , cuma setakat dapat tengok si dia sedih kalau planΒ itu menjadi. Silap haribulan kalau si dia tahu semua itu angkara korang, mesti korang akan dibenci oleh si dia. Kita move on.

CARI PENGGANTI UNTUK ISI KESUNYIAN

Image result for rebound relationship
Sumber gambar: Maccablo

Amboi, mentang-mentang dah single. Korang pun gigih nak cari pengganti sebab rasa hidup korang sunyi sangat tanpa pasangan. Ala, tak ada apa pun kalau single. Risau korang cepat sangat cari pengganti, sekali korang dikecewakan sekali lagi. Dah double heart break pula. Bertambah sedih dibuatnya kalau macam itu. Jangan gunakan orang lain untuk mengisi hati korang kalau korang sendiri belum move on.

Girls, ingat okay jangan disebabkan cinta kita jadi kurang bijak. Korang semua muda lagi, banyak lagi benda kita akan hadap in future. Jangan sedih-sedih dah okay! Nanti dah habis sekolah, korang akan jumpa someone yang lebih better ya. Sementara itu, daripada korang bersedih, jom kita cuba Flow Rider di One Utama! SuperDeals ada tawaran hebat yang mungkin akan buat korang shook.. belum cuba belum tahu.. Mana tahu ia boleh jadi hobi baru untuk korang? Lupakan saja kisah cinta.. love yourself first okay!

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Mudah Faham Subjek Akademik Di Sekolah

Baca Webtoons, Hobi Lain Daripada Lain