in ,

Ini Maksud Sebalik Bebelan Ibu…

Sumber gambar: https://www.practicalparenting.com.au/survey-proves-nagging-mums-have-kids-who-are-more-successful-in-life-it-s-a-fact

Kakak ni asyik tidur je kerja! Weekend bangun lambat, matahari dah terpacak, orang lain dah kemana-mana awak masih dekat atas katil tu lagi kan!!

Haa, siapa biasa dengan kata-kata indah dipagi hari dekat atas ni? Haha! Ainaa dulu zaman sekolah selalu la dapat ceramah free macam tu. But girls, korang nak tahu tak sebenarnya ada maksud tersurat dan tersirat dalam bebelas mak korang tu. Check it out~

“BELAJAR DULU BARU PERGI MAIN”

via GIPHY

Mak mana yang sanggup nak tengok anaknya gagal setiap kali exam? Kalau tak gagal, dapat markah rendah. Sebab tu la setiap kali korang nak keluar lepak atau ‘buang masa’, mak akan suruh study dan siapkan kerja sekolah. Nanti bila dah balik confirm malas nak study atau siapakan kerja sekolah kan. Sebab tu la kena settle semua kerja dulu baru boleh pergi buang masa. Jangan sampai abaikan study ya girls.

“KEMAS KATIL BILA BANGUN TIDUR”

Image result for katil bersepah
Sumber gambar

Korang jenis yang bangun tidur terus kemas katil atau biarkan je katil bersepah dan terus mandi? Anak dara tak elok ya tinggalkan katil bersepah macam tu je, kemas la dulu girls bukan susah pun senang je. Mak korang membebel suruh buat macam tu supaya katil akan sentiasa kemas dan bersih. At least kalau dah terbiasa kemas katil, nanti bila dah duduk dekat asrama tak ada la rasa malas dah. Betul tak?

“NAK MAKAN CUCI TANGAN DULU”

via GIPHY

Dah ready nak makan, sekali mak suruh cuci tangan pula! Korang pun merengek malas nak bangun cuci tangan sambil berjalan hentak kaki sebab rasa terpaksa cuci tangan. Walhal tu untuk kebersihan dan kesihatan diri korang sendiri tau. Just imagine tangan korang tu kotor dengan bacteria, terus pegang makanan dan bawa masuk mulut. Nanti mula la sakit perut la apa la. Waktu tu nak menyesal sebab tak dengar cakap mak pun tak ada gunanya lagi tau. Better basuh je tangan tu dulu sebelum duduk dekat meja makan.

“CAKAP DENGAN ORANG TU ELOK-ELOK SIKIT”

Image result for salam ibubapa
Sumber gambar

Bila kita bercakap dengan orang tu, mesti la kena guna nada yang paling rendah dan lembut. Itu kan tanda kita hormat dekat mereka, takkan nak cakap terjerit melolong pula? Mau kena lempang dengan makcik atau pakcik tu nanti, hehe! Bila korang hormat orang tua, mesti mereka akan doakan kehidupan korang. Nanti ramai la orang yang akan suka dengan sikap baik korang ni. Semuanya bermula dengan nasihat seorang ibu.

Kalau nak senaraikan bebelan mak mak ni, memang panjang. Tapi korang boleh je ambil semua tu daripada side positive dan jadikan tu semua sebagai inspirasi untuk jadi manusia yang berguna. Jangan lawan cakap mak pula ya.

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Stail Untuk Nampak Kurus

Perkara No No Kepada Lelaki Bila Bercinta