in ,

Ini Korang Perlu Tahu Sebelum Ambil Lesen Kereta!

Sumber Gambar: http://www.idi.com.my

Selamat petang #Lunagirls! Korang ada yang berhajat untuk mengambil lesen kereta atau motor tak lama lagi? Untuk mereka yang dah berusia 16 dan 17 tahun, time cuti sekolah ni lah masa yang sesuai untuk korang ambil lesen! Untuk yang berusia 16 tahun korang hanya boleh ambil lesen motor dulu dan yang 17 tahun tu korang boleh ambil lesen motor dan kereta sekali! Mesti ada yang nervous untuk ambil lesen kan? It’s okay #Lunagirls, harini LUNARIA share tips persediaan mudah untuk korang ambil lesen!

MENTAL

via GIPHY

Kenapa mental? Sebab ini adalah salah satu learning process.. #Lunagirls kena berani dan kuatkan diri untuk cuba benda baru! Sebelum ambil ujian JPJ, make sure korang dah ready sebab ada wakil JPJ yang baik dan tolong tapi ada juga yang agak tegas.. Hehe! So masa cikgu memandu korang ajar, pastikan korang fokus okay!

MENGHADIRI KURSUS

via GIPHY

Yup! Walaupun benda ni paling kita tak suka buat, tapi kita kena pergi untuk lulus ujian memandu tau! #Lunagirls kena sediakan diri untuk duduk dalam kursus 4 jam tu.. Dan mesti akan ada ada yang mengantuk dan tertidur! Hehe! Tapi kursus ni sangat bermanfaat so korang kena fokus okay!

UJIAN KOMPUTER

via GIPHY

Selepas 3 hari pergi kursus memandu, korang perlu ambil ujian komputer! Ramai yang confident buat latihan sekali je tapi bila sampai masanya…. jeng jeng jeng.. tak lepas! So kalau boleh #Lunagirls buat extra latihan okay! Markah yang korang kena dapat untuk lulus ialah 42/50!

UJIAN PRA

via GIPHY

Selepas dapat Lesen L, barulah boleh belajar practical memandu! Masa ni lah korang dapat rasa macam mana seronoknya bawa kereta! Hihi! Tapi nanti akan ada beberapa ujian yang perlu korang buat.. antaranya naik bukit, parking, dan beberapa ujian yang lain lagi!

UJIAN JPJ

via GIPHY

Mesti nanti kakak atau abang korang bagitahu JPJ garang untuk takutkan korang! Hehe! Alaa #Lunagirls, JPJ ada yang garang sebab untuk mendisiplinkan korang yang bakal menjadi pemandu!

Perasaan takut dan nervous tu perlu ada girls.. barulah kita lebih bersedia! Hehe! #Lunagirls kena rajin pergi kelas memandu dan jangan skip okay! Kepada yang akan ambil nanti, LUNARIA ucapkan good luck! You can do it! 

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Siblings Perempuan Boleh Simpan Rahsia Ke?

Dalam Perut Ada Asam Lambung? What!