in ,

Ini Korang Kena Tahu Sebelum Pakai Braces

Sumber gambar: Youtube.com

Cantiknya tengok Lizzy… Lepas dia pakai braces bertambah cantik tau. Haihh kena pakai braces juga ke kalau nak nampak cantik macam dia?

Girls, jangan disebabkan korang tengok orang lain cantik lepas pakai braces, korang pun nak pakai braces juga tau. Tak semua orang kena pakai braces demi kecantikan. Braces hanya diperlukan untuk sesiapa yang ada masalah pada kedudukan gigi. Mungkin korang rasa pakai braces nampak cool dan comel. Tapi cuba kalau korang dah pakai, risau pula menyesal sebab sakit tau pakai braces.

via GIPHY

For those yang ada niat nak pakai braces semata-mata nak nampak cantik atau ikut trend, baik lupakan niat itu. Jumpa dentist dulu sebelum buat keputusan untuk pakai braces sebab mereka akan bagi pandangan sama ada perlu atau tidak untuk korang pakai braces. Di bawah LUNARIA akan list beberapa perkara yang perlu korang tahu sebelum pakai braces.

KENA X-RAY

3D X-Rays in Orthodontics [Epic Facts] - Dr. Gluck Has the Answers
Sumber gambar: Drluck

Before nak buat braces, korang akan kena jalani x-ray terlebih dahulu untuk tengok keadaan gigi korang. Semua itu untuk menentukan jenis rawatan yang korang perlukan. Seperti contoh, sebelum pakai braces, ada gigi yang perlu dicabut dan ditampal terlebih dahulu. Tapi let say sekiranya dentist bagitahu yang korang mempunyai masalah gigi yang besar, mungkin ada beberapa batang gigi perlu dicabut atau lebih parah korang kena menjalani pembedahan untuk buang rahang. Ya, bukan mudah tau nak pakai braces.

ADA BERMACAM JENIS BRACES

Image may contain: 1 person, text that says '7 CONVENTIONAL BRACKET ATRISY M Metal Ceramic SELF LIGATING BRACKET Metal Ceramic CLEAR ALIGNER LINGUAL BRACES 7'
Sumber gambar: Facebook

Dalam ‘dunia’ braces, ada beberapa jenis braces. Antaranya ialah Conventional Bracket (Metal and Ceramic), Clear Ceramic Braces, Self Ligating Bracket (Metal and Ceramic), Lingual Braces dan Clear Path Braces. Ha, dengar nama pun macam menakutkan je. Pilihan ini semua bergantung kepada bajet yang korang ada dan perlulah bersesuaian dengan kes yang sedang korang alami. Selalunya remaja akan pilih Conventional Bracket (Metal and Ceramic) sebab ia lebih murah berbanding yang lain dan juga mempunyai elastic yang berwarna-warni. So, setiap bulan korang perlu tukar warna getah yang dimahukan.

PEMERIKSAAN SETIAP BULAN

Procedure for Dental Braces
Sumber gambar: Newsmedical

Bila dah pakai, korang perlu buat pemeriksaan bulanan untuk memastikan tiada masalah semasa dalam tempoh pemakaian. So, korang perlu ulang alik ke klinik sebulan sekali untuk check. Ehemm, periksa gigi pun kena bayar juga ya sebab setiap bulan korang kena buat pembayaran. Tapi kalau korang buat di klinik kesihatan kerajaan, taklah  kena bayar mahal pun.

SAKIT KE?

My Braces Journey : Auchh!! Cabut Gigi!!!
Sumber gambar: Ayuejean

Waktu nak pakai braces tak rasa sakit sangat tapi selepas dah pakai, korang akan alami rasa tak selesa. Sebab korang akan rasa ada benda keras dekat dalam mulut dan buatkan korang rasa pelik dan tak selesa. Sebab itu ada certain orang akan ambil ubat tahan sakit sebab rasa tak selesa dan sakit. Lepas rasa seminggu, baru rasa sakit itu akan hilang sedikit demi sedikit. Biasanya lepas dah tamat tempoh pemakaian braces, dentist akan minta patient untuk pakai retainer selama 24jam sehari bagi tempoh enam bulan pertama untuk memastikan kedudukan gigi betul-betul kukuh dan tak ‘lari’ semula ke kedudukan yang lama.

PENJAGAAN HARIAN

ARTs.Travel.Life: BRACES LAGI - BEBERAPA TIPs JAGA GIGI
Sumber gambar: Usagitravels

Jangan ingat pakai braces setakat pakai je, kena juga sentiasa jaga kebersihan dan keadaan gigi korang. Memang agak leceh juga bila nak jaga sebab korang perlu pakai berus gigi yang khas untuk orang yang pakai braces. Setiap kali lepas makan, korang kena cuci segala sisa yang tertinggal dekat celah gigi. Memang tak selesa, sebab itu tak semua makanan korang akan makan. Korang tak boleh makan makanan yang liat dan keras. Takut besi bengkok atau tercabut pula.

HAD UMUR

MIASARA NASUHA:KECIL-KECIL DAH PAKAI PENDAKAP GIGI (BRACES)
Sumber gambar: Dianarashid

Berapa pun umur korang, tak ada masalah pun kalau nak pakai braces. Asalkan gigi dan gusi korang dalam keadaan baik dan sihat. Tapi jangan sampai pakai fake braces ya, bukan setakat bahaya tapi ia tak berbaloi pun.

Korang dah ready ke nak pakai braces? Sebab itu perlunya jumpa dentist dulu untuk dapatkan rawatan dan nasihat pakar. Jangan sebabkan nak nampak cantik je korang pakai braces okay.

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jangan Percaya Berita Palsu! 4 Sumber Info Covid 19 Yang Boleh Korang Percaya

K-Pop Idol Lelaki Yang Dikatakan Lebih ‘Cantik’ Dari Perempuan