in , ,

Ini Korang Kena Buat Bila Rambut Kasar Macam Berus Dawai!

Sumber gambar: www.cheatsheet.com

Eh rambut awak ni keras betul! Syampu habis ke?

Sumber gambar: hellogiggles.com

Ada antara #Lunagirls pernah alami situasi ni? Ummi faham sangat! Huhu! Siapa tak nak rambut shiny and smooth kan? Tapi kadang tak semestinya disebabkan syampu je.. aktiviti harian kita dan penggunaan hair dryer pun boleh buat rambut kasar dan rosak tau! Kalau #Lunagirls nak rambut shiny and smooth, meh Ummi kongsikan tips special for you!

GUNA T-SHIRT

via GIPHY

Ha! Terkejut tak keringkan rambut guna t-shirt? Biasanya kita nak keringkan rambut akan guna hair dryer atau  tuala.. Tapi kalini apa kata korang guna t-shirt cotton! Sebab t-shirt lebih mudah menyerap dan ia lembut untuk rambut korang! Tak ada laa lepas mandi nak keringkan rambut terus kembang! Haha!

CONDITIONER

Sumber Gambar: https://ms.pngtree.com

#Lunagirls tahu tak kalau kita guna conditioner sampai terkena kulit kepala, boleh membuatkan kulit kepala korang berminyak dan berkelemumur? Jadi pastikan berhati-hati masa guna conditioner okay? Kalau boleh guna dekat hujung-hujung rambut, atau pun korang boleh guna sikat leper untuk ratakan ke seluruh rambut! Ummi dah sediakan contoh sikat kat atas untuk korang!

SHOWER CAP 

via GIPHY

Lepas apply conditioner korang jangan terus basuh! Tapi #Lunagirls tunggu selama lima hingga sepuluh minit untuk biar ia serap dalam rambut sepenuhnya! Untuk kesan lebih baik, korang gunakanlah shower cap.. sebabnya ia membantu untuk serap haba dan kebaikan conditioner ke dalam rambut! Sambil tunggu tu, korang bolehlah sabun badan pula!

JANGAN BASUH ALA KADAR

Sumber Gambar: http://skinrepubliccosmetics.com

Ingat! Jangan mandi kerbau tau! Haha! Ada orang suka mandi asal bersih dan cepat! Eh! Tak boleh macam tu girls.. Conditioner ni susah tau nak tanggal dari rambut, jadi korang kena take time untuk bersihkannya! Pastikan korang dah bilas rambut sehingga hilang foam conditioner tu okay?

TREATMENT

Sumber Gambar: https://www.buro247.my

Jarang orang buat treatment, selalunya bila rambut dah rosak baru sibuk nak buat.. iyaken iyaken? Sebenarnya, kita kena manjakan diri untuk buat treatment.. buat sendiri dekat rumah! Tak perlu pergi kedai rambut habiskan duit, kita boleh DIY je #Lunagirls! Ajak your girl squad buat sama-sama untuk isi masa lapang korang! Hihi!

Fuh! Sebenarnya tak susah pun nak buat rambut jadi shiny and smooth tau.. Kita cuma perlu displin untuk jaga rambut! Jangan lupa cuba tau #Lunagirls! Dalam sebulan tengok ada perubahan ke tak.. Nanti share dengan Ummi okay?

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Komen
  1. tpi kan…kalau rambut kita tu kasar nak buat treatment sendiri kat rumah mcm mana?? Blh x kita gne pape bahan kat dapur je…x de eh

    • Hi awak! Sebenarnya kita boleh syampu rambut menggunakan coconut oil campur with syampu yang awak guna, tapi depends pada rambut tau! Kalau tak menjadi, kita cadangkan awak buat treatment supaya rambut kembali okay. Selamat mencuba! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

#InspirasiLuna: Aida Azira.

Perempuan Pun Boleh Wakil Sukan Tarik Tali!