in ,

Ini Kisah Tentang Blackhead & Whitehead…

Sumber gambar: https://www.youtube.com/watch?v=kyluMm9xZRg

Eeeiiii rimasnya pegang blackhead dengan whitehead dekat hidung ni! Makin lama makin banyak pula jadinya.

Stress kan bila ada banyak whitehead dengan blackhead ni! Last week baru je buang tapi harini dah muncul semula! Actually, for those yang tak tahu, blackhead dan whitehead tu muncul disebabkan liang pori tersumbat. Bila dah tersumbat, of course la kawasan hidung dah pipi akan dipenuhi dengan minyak sampai buatkan ‘dua beradik’ tu muncul.

via GIPHY

Biasanya ‘dua beradik’ tu akan muncul dekat area T-Zone which is hidung, dagu dan dahi. Tapi biasanya dekat dahi tu kurang la kalau dibandingkan dengan hidung.

Sebab kenapa korang kena halau ‘dua beradik’ ni ialah untuk make sure muka korang smooth dan bersih. At the same time, korang akan rasa lebih selesa dan confident nak berhadapan dengan orang bila kulit muka bersih. Malu la bila muka flawless tapi dekat area hidung ada pula tetamu tak diundang tu.

Satu pantang larang ‘dua beradik’ ni ialah jangan sesekali picit sendiri. Tangan korang dah la kotor, nanti kotoran akan masuk dekat dalam kulit pula. Seeloknya guna produk skincare, even tempoh nak kurangkan blackhead dan whitehead memakan masa agak lama.

Untuk elakkan ‘dua beradik’ ni lebih bermaharaja lela, make sure korang selalu cuci muka, pakai produk yang sesuai, bersihkan barang-barang makeup dan cuci makeup sebelum tidur! Sometimes ia akan terjadi kalau korang tak jaga kebersihan barang makeup. Lepas ni alert sikit dengan penjagaan muka tu ya girls!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Malas Punca Kulit Kering!

Ehemm, Ni Idea Port Lepak Study Lepas Kelas…