in ,

Ini Kesannya Kalau Pakai Cable Charger Tak Original!

Sumber gambar: unsplash.com

via GIPHY

Siapa antara #Lunagirls yang pakai cable charger tak original? Girls, korang tahu tak sebenarnya kalau kita pakai cable charger atau adapter yang tak ori, handphone akan cepat rosak tau.. Nak tahu sebab apa? Haa ini antara sebabnya..

BATERI PHONE CEPAT ROSAK

via GIPHY

Bila pakai cable charger tak original, bateri korang akan cepat rosak tau! Setiap cable ada voltan yang tertentu, so kalau cable yang tak original tu voltan mesti tak cukup ikut yang sepatutnya. If terlebih atau terkurang, kesannya bateri korang akan kembung atau lagi worst, MELETUP!

SUSAH NAK TRANSFER FILE

via GIPHY

Tak kisah la korang ni Apple atau Android user, mesti benda ni jadi masalah besar bila nak transfer file tapi cable pula tak support.. Lepas tu kalau tak boleh, mesti korang akan cuba cucuk banyak kali dekat charging port tu.. Kalau cable USB tak boleh support, #Lunagirls masukkan banyak kali pun tetap sama!

TERLEBIH VOLTAN

via GIPHY

Setiap adapter pun ada kiraan voltan tersendiri, kalau korang perasan kadang-kadang bila lama sangat caj, adapter tu akan jadi panas. Actually tu disebabkan arus voltan yang tinggi sampai buat ia jadi panas. Hati-hati kalau dah panas tu, nanti takut handphone pula yang meletup tau girls!

MOTHERBOARD ROSAK

via GIPHY

Agak-agak berapa ya harga kalau nak repair phone yang motherboard dah rosak? Daripada repair baik beli phone baru… That’s why elakkan beli adapter dengan cable yang tak original sebab ia akan buat motherboard phone rosak. Bila dah rosak, macam mana nak main Instagram? Hehe!

via GIPHY

LUNARIA harap tips ini membantu #Lunagirls untuk jaga phone dengan lebih baik! Anggaplah duit beli cable dengan adapter yang original as an investment untuk smartphone korang tahan lebih lama! Hihi!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments