in ,

Ini Fakta Menarik Tentang TikTok

Sumber gambar: Youtube.com

Genggg! Jom kita buat TikTok nak? Bosanlah tak buat apa-apa, geram je tengok ramai orang berjoget dekat TikTok!

Siapa suka main TikTok angkat tangan sikit! Amboi bukan main ya korang asyik dengan TikTok je setiap masa. Ehemm, kami dekat Lunaria pun selalu juga main TikTok, kalau ada video trending baru, confirm kami pun try buat juga, hehe!

View this post on Instagram

Jangan lupa follow TikTok kita ID: LunariaMY πŸ’œ

A post shared by Lunaria (@lunariamy) on

Korang dalam kategori obses dengan TikTok atau tidak? Atau jenis macam kalau ada video lagu baru, korang pun buat juga? Macam sekarang ini tengah trending #AnySongChallenge. Sampai satu dunia viral challenge, macam-macam gerak geri tarian kita boleh tengok. Since korang pun boleh dikatakan geng TikTok macam kami, LUNARIA nak share sikit fakta tentang TikTok yang mungkin korang tak tahu lagi.

MULA FAMOUS DI INDONESIA

Indonesia ialah negara jiran kita, TikTok merupakan aplikasi yang mula diperkenalkan di sana sehingga menular ke seluruh dunia termasuk Malaysia. Maksudnya ia mula dikenali di Indonesia dahulu Β sebelum ‘merebak’ ke negara kita. TikTok sudah mula diperkenalkan di Indonesia sejak tahun 2016 lagi tapi waktu itu ia dipandang sebelah mata sahaja oleh pengguna dekat sana sebab bagi mereka aplikasiΒ ini hanya buang masa. Tapi lama-kelamaan, semua orang seperti tergila-gilakan TikTok disebabkan content yang menarik. Macam korang tahu, kita boleh buat macam-macam video dekat dalam TikTok. Tak kisah nak menari, menyanyi, berlakon atau apa sahaja pun ikut kreativiti masing-masing.

BUAT KITA JADI KREATIF

Disebabkan kita bebas untuk buat apa sahaja video dekat TikTok, sebab itu kita akan jadi seorang yang kreatif untuk menghasilkan video yang terbaik! Lagi pun ada banyak challenge yang ada dekat TikTok, contohnya baru-baru ini, #AnySongChallende. Korang buat juga tak? Disebabkan banyak challenge yang ada, kita sebagai pengguna perlu jadi seorang yang kreatif dalam menghasilkan video supaya dapat perhatian ramai. Bila ramai tengok, mungkin video korang viral. Macam-macam filter, effect dan font yang boleh korang gunakan bagi video nampak lagi gempak!

APLIKASI PALING BANYAK DI DOWNLOAD

via GIPHY

Disebabkan TikTok sudah terkenal di seluruh dunia, maka ramai mulaΒ install demi mencari bahan untuk gelak ketawa. Terdapat banyak juga video kelakar dalam TikTok tau. Sekali tengok, mesti sampai 2 atau 3 pagi korang layan video semua, hehe! AplikasiΒ TikTok dikatakan telah di download lebih daripada 10 juta pengguna! Ia menunjukkan bahawa TikTok ialah salah satu apps paling terkenal ketika ini. Ainaa dulu pun tak berkenan dengan TikTok, tapi bila tengok… Macam best pula dan sekarang Ainaa juga merupakan salah seorang pengguna TikTok!

PERNAH KENA BLOCK DEKAT INDONESIA DAN INDIA

via GIPHY

Kalau korang ingat, dulu Ainaa ada buat artikel tentang TikTok yang telah disekat di India disebabkan isi kandungannya mempunyai unsur pornografi. Tak pasti pula sama ada sekarang ini masih disekat atau tidak. Tidak hanya disekat di India, tapi juga berlaku dekat Indonesia. Sama juga sebabnya iaitu mempunyai unsur pornografi, perlekehkan agama dan beberapa perkara negative yang lain. Tapi sekitar Julai 2018, TikTok dibuka semula untuk warga Indonesia dan kini ia sangat terkenal dekat negara tersebut.

RAMAI SELEBRITI ADA AKAUN TIKTOK

Tengok sahaja sekarang ini, tiba-tiba ramai selebriti ada akaun TikTok. Bukan sahaja di Malaysia tapi seluruh negara! Even Justin Bieber pun ada akaun TikTok ya! Nampaknya semua sudah biasakan diri dengan apps muzik ini. Ehemm, geng BLACKPINK pun ada TikTok tau! Geram je tengok kecomelan mereka semua berjoget! Korang dah follow ke belum akaun selebriti itu semua?

Fuhh, boleh tahan juga fenomena TikTok. Memang satu dunks layan video TikTok! BTW korang jangan lupa follow akaun Lunaria tau! Kami ada buat video baru, kalau nak tengok kena la followΒ @lunariamy dulu ya.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tradisi Sambutan Tahun Baru Cina Yang Korang Boleh Join!

5 Subjek Penting Yang Korang Perlu Buat Nota Awal