in ,

Ini Cara Untuk Jimatkan Penggunaan Data Internet

Sumber gambar: Instagram @fayalunaria

Ala, kata free internet setiap hari? Baru pukul 10 pagi dah 100% data usage. Betul ke dapat 1GB data? Ke kena scam?

Amboi amboi, janganlah cakap korang kena scam. Sebenarnya kalau kita pandai gunakan internet, 1GB cukup untuk setengah hari. Melainkan korang celik je mata terus scroll social media, memang 1GB langsung tak cukup. Risau 10GB pun masih lagi kurang. Sebab itulah kita kena bijak menggunakan setiap apps dan internet yang sedia ada.

Ada cara untuk kita berjimat cermat supaya data tak cepat habis. For those yang selalu mengadu tak cukup data internet, korang kena check out articleย ini.

HADKAN PENGGUNAAN APPS STREAM

via GIPHY

Bosan sangat dekat rumah sampai banyak movie yang korang download dan tengok di phone. Maksudnya banyak jugaย website movieย yang akan korang buka. Biasanya kalau korang download movie, fileย akan besar dan ia membuatkan korang kehabisan kuota internet, lagi-lagi kalau yang berbentuk HD confirm 1GB tak cukup. Contohnya kalau YouTube, korang boleh pilih untuk buat mode HD ketika menggunakan Wi-Fi sahaja. So di situ je korang dah boleh jimat banyak data. Set balik diย setting setiap apps supaya jadi lebih mudah selepas ini.

TETAPKAN HAD OFF DATA

How to set limit on mobile data usage in Android?
Sumber gambar: Appslova

Setiap phone ada cara untuk korang set timing penggunaan data setiap hari. Kalau korang aktifkan ia, maka sekiranya penggunaan seharian dah melebihi had, mobile data akan tertutup dengan sendiri. Kadang-kadang kita bila dah main phone memang tak ingat nak berhenti pun. Sebab itulah pentingnya kalau kita gunakan cara ini sebab ia akan mengingatkan kita sekiranya terleka. Baguskan?

OFF AUTO UPDATE

How to turn off automatic updates in the Google Play store ...
Sumber gambar: Androidpit

Ada certain orang lebih suka setiap apps yang adaย update dengan sendiri tanpa perlu kita tekan butang update. Sometimes kita juga akan dapat notification yang memberitahu sesuatu apps dalam phoneย sudah dikemas kini secara automatik walhal kita tak ada tekan apa-apa pun. Untuk melakukan auto update, ia memerlukan data yang besarย sebab itulah data kita akan habis dengan cepat. Korang boleh pilih untuk manual update which is buka di Apps Store atau Google Play sekiranya nak updat sesuatu apps. Let say kalau asyik update je semua apps, membazir juga sebab tak semua apps itu akan gunakan dalam sehari.

OFF DATA PHONE

How to Turn Off Mobile Data On iPhone - Macworld UK
Sumber gambar: Macworld

Biasanya kalau nak charge phone, kita perlu off dulu data atau Wi-Fi supaya phone dapat charge dengan lebih cepat. At the same time, taklah korang dapat main phone sambil charge, lama nak tunggu phoneย full battery kalau sambil charge sambil main. Lagi pun sambil charge phone, korang boleh buat kerja lain. Phone pun boleh berehat sekejap.

OFF DATA APPS YANG TAK DIGUNAKAN

How to disable cellular data for specific iPhone apps
Sumber gambar: Idownloadblog

Dalam banyak-banyak apps yang ada dekat dalam phone, mesti akan ada apps yang korang tak gunakan setiap hari betul tak? Why not apps yang tak digunakan itu, korang off sahaja dekat bahagian setting? Nanti kalau nak guna appsย itu, baruย onย semula. Contohnyaย apps Telegram, Ainaa akan off data sebab banyak notification masuk yang mana mengundang kekurangan data dan kekurangan bateri. So, bila nak guna apps Telegram, baru Ainaa akan on data bagi apps tersebut. Data jimat, kita pun tak serabut dengan notification yang banyak.

Selepas ini korang dah tahu apa punca data tak cukup? Nak senang kalau tak mahu data cepat habis, jangan main phone selalu. Kalau bosan, cari aktiviti lain yang boleh mengisi masa lapang. Sekali sekala berehat sekejap daripada handphone.

What do you think?

-6 points
Upvote Downvote

Comments

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

UPSR dan PT3 2020 Dibatalkan

Tempoh Kuarantin Ditambah, Andi Bernadee Semakin Menjadi-jadi!