in ,

Ini Cara Untuk Elakkan Diri Daripada Terkena Covid-19

Sumber gambar: Deseret.com

Sekarang ini semua orang paranoid dengan virus Covid-19. Nak pergi sini tak boleh, pergi sana tak boleh. Semua perlu utamakan kesihatan diri.

Kalau before this, every weekend je mesti nak buat aktiviti luar. Tak kisah sama ada dengan kawan-kawan atau dengan family.Β Bila cuti pantang, takkan duduk rumah, mesti ada je plan nak keluar. Pergi mall ke, buat aktiviti outdoor ke, jalan-jalan dekat taman atau mana-mana saja. Tapi sekarang kita sendiri dah terima arahan daripada pihak Kerajaan Malaysia untuk #StayAtHome sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan dah dikuatkuasakan semenjak minggu lepas lagi.

Sekarang nak keluar rumah, pihak polis dan tentera dah get ready di jalan raya untuk tahan siapa-siapa yang keluar rumah tanpa sebab tertentu. So kita pun mestilah berhati-hati juga walaupun duduk dekat rumah. Ada je cara untuk kita elakkan diri daripada terkena virus Covid-19. Tapi bak kata orang, kalau dah nak kena tak boleh nak halang. Cuma kita perlu lebih berjaga-jaga, mencegah itukan lebih baik daripada mengubati.

ELAKKAN SENTUHAN FIZIKAL

Image result for pegang tangan
Sumber gambar: Dianarashid

Bila kita dah berkumpul ramai-ramai dalam rumah, dalam tak sedar akan ada juga kuman yang bebas hidup di sekeliling. Sebab itulah kita tak digalakkan untuk melakukan sentuhan fizikal. Tak kisah sama ada parents, adik beradik atau siapa sekali pun dekat dalam rumah. Bukan tak nak sentuh sebab mereka ada virus, tapi sebolehnya kita nak kurangkan sentuhan. Mana tahu rupa-rupanya adik korang lepas bersin dia tak basuh tangan? Dan kuman itu terkena dekat korang pula, satu hal tak nampak kuman dah merebak dekat sekeliling badan. Kalau nak buat aktiviti yang boleh merapatkan silaturahim sesama keluarga, kita boleh buat aktiviti yang tak melibatkan sentuhan. Contohnya tengok movie dekat Netflix atau iFlix, buat kek dekat dapur atau apa sahaja.

JANGAN SENTUH MUKA, HIDUNG DAN MULUT

Image result for sentuh muka
Sumber gambar: TheLaki

Boleh jadi kita sendiri tak ingat benda apa yang kita pegang setengah jam tadi. Then boleh pula korang terus sentuh bahagian muka, picit jerawat, garu hidung atau mata. Dah ada kuman dekat muka! Tangan kita pun bukan bersih mana untuk kita sentuh bahagian muka. Disarankan untuk tidak memegang bahagian muka dengan tangan yang tak tahu sama ada bersih atau tidak. At least kalau nak pegang kawasan muka, basuh tangan dengan sabun dulu okay guys!

KERAP BASUH TANGAN/ SENTIASA MANDI

via GIPHY

Bila ada dekat rumah peluh agak susah nak keluar. Mana tidaknya, aktiviti harian korang ialah berjalan ke dapur, buka peti, ambil nasi, tengok TV, pergi dapur samula dan makan sampai malam. So peluh nak keluar pun rasa serba salah je. Tapi itu tak bermaksud korang boleh mandi sehari sekali sahaja ya. Tak kisah walaupun tak pergi mana-mana, korang tetap kena mandi juga sekurang-kuranya tiga kali sehari. Virus dan kuman takut pada benda yang bersih jadi kalau korang bersih tak ada kuman pun yang berani dekat. Basuh tangan dengan sabun pun boleh mencegah juga, jangan semata-mata bergantung pada hand sanitizer je. Lagi elok kalau cuci tangan dengan sabun sebab lagi bersih tau.

JARAK SOSIAL 1 METER

Let say mak korang minta tolong pergi beli barang dekat mana-mana kedai atau supermarket. Of courseΒ korang kena keluar dan berhadapan dengan orang awam. Cara yang paling simple ialah jarakkan diri sekurang-kurangnya 1 meter dengan orang luar. Sentiasa bawa hand sanitizer bersama-sama kalau korang terpaksa keluar rumah. Jangan main pegang semua benda dekat luar itu pula, kalau boleh biar berlapik. Sekarang ini pun pihak berkuasa sudah kuatkuasakan undang-undang 1 meter jarak sosial. Itu bertujuan supaya kita tak terlalu rapat antara satu sama lain. Lagi elok kalau kita tak pergi dekat mana-mana tempat yang ada ramai orang berkumpul.

Betul juga, kalau dah tertulis untuk kita terkena, tak boleh nak buat apa dah. Tapi macam Ainaa cakap tadi, kalau boleh kita elakkan daripada terjadi mangsa. Jaga diri, jaga kesihatan okay!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments