in ,

Ini Cara Smooth Minta Nombor Crush👉👈

Sampai bila nak tengok je crush dekat Instagram? Cubalah berani sikit buka langkah untuk bagi si dia notice kewujudan korang dekat Instagram atau dekat depan dia?

Since sekarang dah nak masuk tahun 2020, why not kita cuba something new before masuk tahun baru? Korang tak penat tengok crush dekat Instagram saja? Sampai bila korang nak on notification setiap posting atau Instastory dia? Lama-lama tunggu penat juga.. Mesti korang nak cuba untuk tonjolkan diri depan si dia walaupun dia hanya follow back dan tak kenal siapa pun korang. So today, Ainaa nak ajak korang semua untuk buka langkah beranikan diri supaya crush to notice kita. Jom check it out, maybe after ikut cara Ainaa ini korang akan dapat berita baik daripada si dia?

BUAT JADI CLOSE FRIEND

This is bonus for you girls kalau crush follow back dekat Instagram. First step, masukkan dia dalam list close friend korang. But make sure dia sorang saja dekat dalam group itu, orang lain tak ada. In case korang ada ramai crush, bolehlah masukkan berapa ramai crush korang sekali gus, haha! After that, buat ask me a question dekat story dan tulis je apa-apa yang berkaitan dengan diri si dia. Paling senang suruh je dia drop phone number. Kalau korang bernasib baik, si dia akan drop phone number dekat situ. Tapi kalau dia just seen je, korang kena bertabah. Maksudnya dia memang tak berminat dengan korang sama sekali, huhu! Jangan bersedih sister. Kita cuba cara yang seterusnya pula ya?

JOIN SATU GROUP

via GIPHY

Sekarang dekat sekolah ada buat study group or group untuk certain subject untuk kita score.. Korang pakat dengan beberapa orang kawan yang lain dan ajak sekali si dia jadi teammate! Cara ini hanya berkesan kalau crush korang sekelas,  kalau kelas sebelah memang tak boleh ya. Create satu Whatsapp group dan sekarang korang dah ada number phone dia! Dah boleh kot rasanya berbincang tentang kerja sama-sama dalam group dan korang kena menyerlah lebih sikit dalam group itu. Jangan pula korang senyap sebab nervous dia ada dalam itu, buat macam biasa je tau, jangan nampak sangat yang korang memang berminat dengan dia. Ada chance nak lepak sekali sebab korang mesti akan jumpa satu group untuk berbincang tentang hal kerja betul tak? Dress up cute sikit ya, baru dia nampak kewujudan korang.

BUAT-BUAT TERTINGGAL PHONE

Image result for call crush
www.youtube.com/watch?v=yd5dWjA3Gfc

Cara ini paling cliche orang pernah buat even dalam TV pun banyak je scene tunjuk macam ini. Let say that time sekolah ada event dan membolehkan semua orang bawa phone, of course itulah masa yang paling sesuai untuk dapatkan nombor phone crush awak. Tapi kena make sure waktu itu confident level korang dekat tahap yang paling power sebab this time korang kena pergi tegur dia. Make sure line clear dan terus berdiri atau duduk sebelah dia dan buat-buat kelam kabut macam cari phone. Apa lagi sis, teruslah tegur dia dan minta tolong call number korang. Ehh before that silent dulu phone korang, takut kantoi pula phone ada dekat dalam poket. Bila dia dah bagi pinjamkan phone dia, terus call phone korang. Fuhh kita dah dapat nombor dia girls! After a few hours korang text si dia dan just say thanks sebab tolong call phone korang. Berdoa supaya si dia berminat untuk terus reply text korang, hehe!

MINTA TERUS, JANGAN NAK MALU SANGAT

via GIPHY

Hmm penat cuba banyak cara untuk bagi hint tapi satu pun tak berkesan! Apa kata korang terus approach je si dia dan minta number phone tanpa rasa segan silu. Alaa, boys kalau ada girl minta number phone, dia bagi punya, takkan tak bagi. Lagi dia suka sebab mesti dia akan cerita dekat kawan-kawan dia yang ada orang mintak number phone dia. Terus minta nombor dia dan misscall sekali supaya kalau malam ini korang text, dia tahu siapa. Tapi kena make sure dia tak ada girlfriend lagi, sebab kalau dia dah ada girlfriend memang tak jalan ya cara ini. Takut korang kena rembat pula dengan girlfriend dia dan geng-geng dia sekali. Satu hal pula jadi kes gaduh berebut lelaki, opss!

So girls, rasanya korang dah boleh terus ikut cara yang Ainaa bagi ini ya. Sampai bila korang nak tunggu dia tahu tentang kewujudan korang tanpa apa-apa usaha? Antara cara dekat atas ini, Ainaa hanya pernah buat part jadikan dia close friend itu je. Hmm tapi sayang, dia seen je girls! Kecewa sis sehari semalam mengenangkan nasib kena seen je dengan crush. Good luck pada korang semua! Jangan duduk diam je sebab takut nanti kena sambar dengan orang lain.

What do you think?

10 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Artis Perempuan Yang Buktikan Girls Berambut Pendek Itu Hot!

Sebab Kenapa Pelajar Sekolah Ada Tekanan