in ,

Ini Cara Nak Tidur Awal Sebelum Exam…

Sumber gambar: https://www.earth.com/news/sleep-deprivation-depression-teens/

PT3 dah nak dekat!!!! Nervous rasa sampai macam tak boleh nak tidurlah pula fikirkan exam nanti..

Eh, takkan nervous nak jawab exam sampai tak boleh nak tidur? No no no girls! Tidur itu penting tau, lagi-lagi for those yang tengah dalam exam week, make sure kena dapatkan tidur yang secukupnya supaya korang boleh jawab exam dengan jayanya. So harini Ainaa nak share beberapa tips untuk tidur awal sebelum menghadapi peperiksaan! Check it out girls!

TIDUR SEJAM AWAL

via GIPHY

Kalau kebiasaannya korang tidur pukul 11 malam, why not sehari sebelum exam kita tidur awal sejam. At least korang dapat tidur lama sikit dan nanti boleh bangun awal untuk study sikit. Tak adalah nak study pun tersengguk-sengguk sebab mengantuk. Kuranglah sikit rasa mengantuk itu kalau dah tidur awal malam tu. Try buat macam ini dulu ya nanti.

STUDY AWAL

via GIPHY

Ada jenis orang kena study last minute baru masuk dalam kepala. Selagi belum sampai waktu untuk jawab exam, selagi itulah dia akan terus study sebab takut tak masuk dalam kepala. Ada juga jenis kena study awal supaya apa yang tak faham itu still ada masa untuk diulangkaji. Itulah yang kita kena buat which is study awal! Bila dah study awal, bolehlah juga tidur awal. Bangun pagi esok terus rasa segar.

MINUM SUSU

Image result for minum susu
Sumber gambar

Ingat budak kecil je ke kena minum susu sebelum tidur? Kita yang dah besar pun kena minum susu juga tau supaya tidur jadi lebih lena. Bukan bermaksud dah nak tidur baru nak minum susu. At least dua jam sebelum tidur, korang bolehlah minum terus supaya dalam masa dua jam badan akan bagi signal mengantuk dan korang boleh terus tidur. Esoknya bangun awal boleh terus get ready nak pergi sekolah dan jawab exam!

REDHA

via GIPHY

Esok dah nak exam tapi korang masih tak prepare apa-apa? Dah study tapi tak tahu masuk kepala ke tak? Tak apa, keep on study walaupun korang rasa semua itu tak masuk kepala. At least kita dah usaha.. So tawakal waktu nak jawab exam, asalkan dah usaha mungkin ada rezeki korang juga. Malam sebelum tidur, prepare semua benda macam alat tulis dan pakaian sekolah. Kadang-kadang bila dah redha, kita akan terus rasa mengantuk. Pagi esok before gerak ke sekolah, korang baca sikit nota, tak ada la 100% redha dan berserah tanpa usaha!

Tak ada apa yang perlu dirisaukan kalau korang dah prepare awal-awal. Ainaa percaya, semua #Lunagirls mesti boleh jawab exam PT3 dengan jayanya! Jangan lupa doa dan minta restu dekat parents dan cikgu-cikgu. Good luck girls!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Penangan Stray Kidz, Ramai Malaysian Tak ‘Haus’ Lagi

Penting Sangat Ke Pemilihan Aliran Untuk Tingkatan 4?