in ,

Ini Cara Elakkan Makeup Barai Waktu Raya

Sumber gambar: http://greginda.com/bad-makeup

Drama air mata bakal bermula in 3, 2, 1! EVERYONE CRYYYYY!

Pagi raya dan drama air mata memang tak dapat dipisahkan. Waktu ni la kita boleh nampak semua menangis minta maaf dekat parents and siblings masing-masing. Korang pun maybe tak terlepas untuk jadi ‘watak’ dalam scene ‘wajib’ ni, hihi.. Kalau dah menangis, buat penat je habiskan masa makeup 2 jam tadi! Untuk elakkan rasa menyesal tu, jom gunakan tips ni untuk elakkan makeup korang cair di pagi raya…

PAKAI MASCARA WATERPROOF

Sumber gambar: https://www.glamour.com/story/do-you-get-more-emotional-as-y

Air mata mesti la akan keluar dari mata kan? So benda utama yang kita kena risaukan ialah pemilihan mascara. Make sure jangan pakai mascara yang anti waterproof.. Takut nanti korang  jadi zombie pula sebab mascara tu dah cair kena air mata. 

JANGAN MAKEUP TEBAL SANGAT

Sumber gambar: https://steemit.com/health/@mus/stop-it-with-the-super-ugly-nightmarish-eyebrow-trend

Ya, tahu la kita dah raya tapi jangan la over sangat sampai makeup 5 inci.. Tebalnya bedak tu. Kalau terlempang boleh berjerebu satu kampung, hehe.. Dah tahu akan menangis, jangan la pakai makeup tebal sangat sebab makeup tu mesti akan crack dan ada kesan air mata. Cukup korang gayakan simple and natural makeup look pagi raya tu.. At least senang nak touch up lepas drama dah habis..

SETTING SPRAY IS A MUST

Sumber gambar: https://abeautifulmess.com/2017/05/diy-makeup-setting-spray.html

Nak kekalkan makeup, kena la pakai setting spray. Function setting spray ni ialah untuk make sure makeup tak berkurangan walaupun dah 1 little air mata yang keluar. Tak kisah jenama apa sekali pun, asalkan ianya setting spray, kalau tak ada setting spray, pakai primer dulu as base before pakai makeup. Kalau tak ada primer, pinjam kakak punya tau. Hehe!

SIAPKAN MAKEUP POUCH

Sumber gambar: https://www.romper.com/p/10-cute-makeup-bags-that-you-can-actually-clean-because-they-can-get-so-gnarly-10122093

Lepas dah habis sesi ‘air mata’, korang boleh la touch up makeup tu. Get ready dengan small pouch.. Dalam tu tak perlu pun sampai letak eyeshadow palette, cukup dengan powder, blusher, mascara dan lipstick. Senang nak touch up waktu tengah tunggu turn nak dapat duit raya.

Actually, scene drama air mata ni best sebenarnya sebab kita dapat berkumpul ramai-ramai sambil mengakui salah masing-masing. At least after that kita akan perbaiki diri to be a better person.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jom Buat Checklist Malam Raya…

Penat Je Posing, Gambar Semua Ke Laut!