in ,

Ini Bezanya Darah Haid, Nifas dan Istihadah

Sumber gambar: Glamour.com

Alamak! Semalam baru habis period, kenapa harini keluar lagi? Darah warna coklat pula ni. Darah ke apa ni? Aduhh, risaunya!

As a girl, kita kena tahu tentang selok badan sendiri. Bila tarikh period, bila habis period, kenapa sakit dekat breast, kenapa rasa tak selesa bila tidur waktu period dan macam-macam lagi lah. At the same time, perkara paling penting ialah masalah yang berkait rapat dengan Miss V. Korang tahu tak apa bezanya darah haid, darah nifas dan darah istihadah? Ketiga-tiga darah ini wajib kita ketahui sebab terdapat beberapa perbezaan daripada segi hukumnya.

via GIPHY

For those yang baru nak alami period, korang kena ambil pusing tentang perkara ini. Tapi ada juga girls yang dah bertahun period, masih belum tahu tentang perbezaan ketiga-tiga darah ini. Jom check out apakah perbezaan daripada segi hukumnya.

DARAH HAID/PERIOD

Image result for darah period
Sumber gambar: Ohbulan

Macam yang korang tahu, haid atau period ialah darah kotor yang akan keluar dari rahim kita dan ia bukan la darah kotor. Daripada segi rupa, darah haid ini berwarna gelap dan kelihatan lebih kental serta berbau sedikit hanyir. Hanyir tu macam bau darah biasa yang korang pernah cium dekat pasar basah tu. Perempuan yang berada dalam keadaan haid adalah diharamkan solat dan membaca Al-Quran dalam tempoh berkenaan. At the same time tidak perlu menggantikan solat yang ditinggalkan. Tempoh paling singkat seseorang itu period ialah sehari atau paling lama sehingga lima belas hari. Tapi biasanya tempoh normal kita as a girl ialah selama enam atau tujuh hari sahaja.

CIRI-CIRI DARAH HAID:

  • Dalam keadaan pekat
  • Keluar secara perlahan-lahan dan tidak mengalir seperti cairan yang biasa mengalir
  • Mempunyai bau busuk ditambah dengan warna hitam dan merah

DARAH NIFAS

Image result for darah nifas
Sumber gambar: Hijabandheels

Darah nifas ialah darah yang keluar daripada rahim perempuan lepas bersalin. Tapi kalau baby masih belum keluar, ia tidak dikira sebagai darah nifas, ia dikira sebagai darah penyakit. Darah yang keluar akibat keguguran juga dipanggil darah nifas. Biasanya darah nifas ialah selama 40 hari dan maksimum selama 60 hari. So bukanlah selama 44 hari yang biasa kita ketahui.

PERKARA DIHARAMKAN KETIKA HAID/NIFAS

  • Solat
  • Membaca, menyentuh atau membawa Al-Quran
  • Tawaf
  • Puasa (wajib qada puasa)
  • Bersetubuh
  • Bercerai

Tetapi, kita masih boleh berzikir dan beberapa ayat dalam kategori pendinding diri seperti ayat Kursi dan surah-surah 3 Qul. At the same time kita tidak digalakkan untuk memasuki masjid.

DARAH ISTIHADAH

Image result for darah istihadah
Sumber gambar: Hijabandheels

Sekiranya korang tengah period dan darah period keluar melebihi 15 hari, maka itu ialah darah istihadah atau darah penyakit. Sesiapa yang berdarah melebihi 15 hari wajib untuk solat dan amalkan perkata seperti biasa. Istihadah ialah darah yang keluar dari Miss V dan ia bukan la darah haid atau nifas. Kita cuma perlu sentiasa ambil wudhuk setiap kali nak solat atau buat ibadah lain.

So now korang dah faham apa perbezaan darah haid, darah nifas dan darah istihadah? Lepas ni boleh la korang share sekali information ni kepada kawan-kawan yang lain. Let’s say ada yang korang tak pasti, boleh la terus rujuk dengan pakar. At least persoalan korang dijawab dengan betul oleh pakar. Kalau malu nak jumpa dengan doktor, korang tanya la pada mak atau sesiapa rakan perempuan yang lebih arif. Jaga diri selalu!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Soalan Yang Biasa Remaja Tanya Tentang Period

Gaya Rambut Yang Sesuai, Berdasarkan Bentuk Muka Korang