in ,

Ini Barang PENTING Seorang Perempuan Perlu Ada

Sumber gambar: Pinterest.com

Nisa, nak sikit lipstick boleh? Aku lupa nak bawa la, nak topup sikit lipstick aku ni.

Ehh, sorry aku memang tak pakai lipstick ni la…

Sebagai seorang ‘gadis sejati’, apa yang korang rasa perlu ada dengan kita setiap masa? Which is kalau tak ada barang tu, maksudnya korang tak lengkap lagi menjadi seorang gadis… Bagi kami mungkin lipstick? Maklumla, kalau tak makeup pun tapi pakai lipstick at least nampak la juga muka ini ‘hidup’ sikit. Ada beberapa barangan yang boleh dikatakan ‘wajib’ ada untuk kita sebagai seorang gadis. Kiranya kalau tak ada barang ini, korang tak cukup gegirl lagi la, kena upgrade sikit level gegirl tu. Jom check it out~

CERMIN IS A MUST

compact mirror shared by watermelon on We Heart It
Sumber gambar: WeHeartIt

Mana cukup setakat guna cermin compact powder tu, kecil sangat tak puas nak tengok tiup tudung. Even cermin itu kecil sekali pun tak mengapa, asalkan boleh tengok bila nak betulkan tudung atau topup makeup di wajah. Lagi best kalau cermin yang korang gunakan tu coraknya cute, baru la nampak gegirl itu sikit. Jangan pula angkut cermin tandas, besar sangat tu sis tak muat dalam handbag itu nanti. Cukup sekadar mini mirror untuk korang gunakan, maklum la salah satu BFF gegirl ini kan cermin! Tak perlu susah-susah sampai kena cari tandas, tengok cermin sendiri dekat mana-mana pun boleh.

TISU JANGAN LUPA SIS

Tissue-Pack Covers | AllPeopleQuilt.com
Sumber gambar: AllPeopleQuilt

Korang tak cukup gegirl kalau tak ada tisu dekat dalam handbag. Tak kisah la wet tissue atau pocket tissue sekali pun. At least boleh la lap peluh bila dah penat OOTD dibawah matahari terik tu… Backup letak kedua-dua jenis tisu ini supaya bila nak guna nanti senang cari je dekat dalam handbag. Tisu ini penting tau lagi-lagi kalau tengah panas tu, takkan nak lap peluh guna lengan baju atau tudung? Makeup pun boleh rosak nanti kalau lap pakai benda lain selain tisu. Nak senang bawa satu kotak terus la, lambat sikit habis nanti, hehe!

MINI MAKEUP STUFF

103 images about make upβ™₯ on We Heart It | See more about makeup ...
Sumber gambar: WeHeartIt

Wehh! Aku terlupa nak bawa makeup pouch aku, tertinggal dekat dalam bilik la! Alamak macam mana nak topup makeup ni…

Masalah besar untuk girls yang kaki makeup kalau tertinggal makeup pouch. Segala macam barangan makeup yang diperlukan ada dekat dalam beg tu. For those yang tak kisah makeup cair itu tak mengapalah, ini kalau yang memang mementingkan makeup confirm menggeletar kalau tak bawa barang ni.

BTWΒ barangan dalam makeup pouch tu tak perlu banyak pun, cukup setakat makeup basic sahaja. Bronze atau highlighter tu tak perlu la bawa, buat penuh beg je nanti.

RESIT MERATA

Kertas Resit Punca Kanser? | Media Serius
Sumber gambar: Mediaserius

Baik mengaku siapa yang suka sangat simpan resit ni? Tak kisah la resit dekat dalam handbag atau dalam purse sekali pun, dekat mana-mana mesti ada resit. Sekali buat sprint cleaning, boleh buat gumpalan bola ya disitu. Resit ini merupakan ‘lambang seorang gadis’ tak kisah muda atau tua. Konon nak buang esok lusa, sekali dah sebulan pun masih lagi kukuh didalam purse. At least kalau ada resit ni, nampak la purse tu macam tebal sikit, hehe!

Jangan salah faham kalau ada antara korang yang memang tak perlukan barangan ini. Bukan bermaksud korang bukannya ‘gadis’ sejati. Ada orang tak suka ada banyak barang, ada juga yang jenis semua nak dibawa. Apa pun, kita tetap gadis sejati!

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lagu K-Pop Yang Korang Boleh Layan Semasa Hujan

Nak Mula Bisnes? Ini Antara Barangan Trending Sekarang