in ,

Ini Antara Sebab Kita Perlu Tidur Pakai Selimut…

Sumber gambar: Tumblr.com

Mak! Nak selimut, nak pakai selimut malam ni. Sejuk la kat kampung nanti takut bangun pagi jadi macam udang sebab kesejukan pula.

Hmm, selain pakai selimut waktu tidur untuk mengurangkan rasa sejuk, apa lagi sebab kita pakai selimut ya? Korang pernah tertanya-tanya tak tentang perkara ni? Sebenarnya dah lama juga Ainaa terfikir kenapa waktu kita tidur, kita mesti akan pakai selimut. Kenapa tak pakai baju tebal je untuk kurangkan sejuk?

Kalau sejuk mesti nak cari selimut, tidur pun kena ada selimut baru la boleh tidur. Tapi kadang-kadang cuaca tak sejuk pun mesti nak pakai selimut juga sebab dah terbiasa kalau nak tidur kena ada bantal dan selimut. Bila dah pakai selimut, ada pula tabiat nak keluarkan sikit kaki dekat hujung selimut tu. Tak tahu untuk apa sebenarnya, haha! Betul tak? Actually ada beberapa faktor yang menyebabkan kita perlukan selimut waktu tidur. Ainaa baru tahu tentang perkara ni, so Ainaa nak share dengan korang semua sekali. Jom kita tengok sama-sama okay!

TABIAT SEMULA JADI

Sumber gambar: Himpunanceritalawak

Daripada kecil sampai la besar, tidur mesti kena ada selimut. Itu merupakan satu tabiat harian kita sejak kecil, sebab tu bila dah dewasa mesti tidur kena ada selimut juga. Lagi best kalau ada selimut favorite sendiri, kalau macam tu memang tak boleh lepas la selimut tu. Ke mana mana sahaja mesti akan bawa selimut kesayangan, daripada kecil sampai ke besar pun pakai selimut yang sama, haha! Orang lain pakai bantal busuk, korang ada selimut busuk sendiri ya.

KEKALKAN SUHU BADAN

pretty, beige, monogram and white - image #6377793 on Favim.com
Sumber gambar: Favim

Bila kita pakai selimut ni, ia akan menghangatkan tubuh badan kita yang mana membuatkan kita berasa lebih selesa ketika sedang tidur. Tubuh badan kita mempunyai suhu yang tersendiri dan disebabkan itu la bila kita pakai selimut, ia akan menghangatkan suhu badan kita apabila sedang tidur. Subu badan akan diseimbangkan ketika kita tidur dan perkara itu berlaku ketika kita memakai selimut ketika waktu malam. Lagi-lagi bila malam tu sejuk, selimut akan membuatkan kita berasa lebih selesa ketika tidur. Ha, power juga ya selimut ni siap boleh kawal suhu badan kita.

MEMUDAHKAN TIDUR

Alasan Perlu Pakai Selimut Tebal saat Tidur Malam : Okezone Lifestyle
Sumber gambar: Lifestyle

Perasan tak kalau kita tidur tak pakai selimut, kita akan rasa macam kosong dan tak lengkap? Ada sesetengah orang memang jenis tidur tak pakai selimut, itu mungkin dia dah terbiasa tak pakai selimut atau sebab tak selesa rasa ada benda dekat atas badan waktu tengah tidur. Tapi sebenarnya bila kita tidur dengan selimut ni ia akan membuatkan kita tidur dengan nyenyak dan memudahkan kita untuk tidur kerana ia membuatkan kita berasa selesa. Lagi best kalau tidur dalam bilik yang ada aircond, lepas tu berselubung dengan selimut, memang nyenyak la tidur malam tu.

MENGURANGKAN KETAKUTAN

via GIPHY

Korang pernah tak rasa ketakutan bila tidur waktu malam? Contohnya kalau kita rasa takut waktu nak tidur, mesti kita akan pakai selimut kan? Confirm korang akan berselubung dalam selimut sebab rasa takut. Sebenarnya itu merupakan cara untuk kita mengurangkan rasa ketakuandan rasa panik yang sedang dialami. Kita akan rasa selamat bila dapat berselubung waktu tidur.

Ainaa rasa semua ni ada betulnya, lebih-lebih lagi part mengurangkan ketakutan tu sebab Ainaa sendiri kalau rasa takut mesti akan tidur berselubung dengan selimut. Tak tahu la apa yang membuatkan diri ni rasa selamat bila buat macam tu. Korang mesti setuju dengan benda ni kan?

What do you think?

12 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Aktiviti Kuarantin Gaya BTS Korang Boleh Cuba!

NCT 127 dan Lay EXO Belum Dapat Bayaran Projek Tribute To Micheal Jackson?