in ,

Ini Aktiviti Indoor Special Untuk Korang Sempena Cuti Jerebu!

Seronok ya #Lunagirls dapat cuti sekolah free! Cuaca jerebu kali ini apa yang korang buat dekat rumah? Bosan tak boleh keluar? Kalau kita banyak buat aktiviti luar, risau ia akan memudaratkan diri pula betul tak? Bayangkan nak jogging tak boleh, berkelah, mandi kolam dan banyak lagi aktiviti terpaksa ditundakan akibat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang masih belum turun. Kali ini, Zoe akan bagi idea aktiviti indoor apa yang sesuai untuk kita buat semasa musim jerebu.

WAYANG

Sumber gambar:

Kita tengok wayanglah apa lagi betul tak? #movielover Sekarang ini pun ada banyak filem yang memang layan sebab musim filem seram. Dalam wayang korang boleh chill sikit dan apa kata alang-alang itu korang movie marathon terus dengan kawan-kawan. Baru syok sikit, dahlah sekarang ini semua filem tengah hit

WALL CLIMBING 

Sumber gambar:

Walaupun aktiviti ini tak ramai yang reti panjat memanjat, korang boleh saja bagi yang first time itu minta tolong orang guide di situ. Climbing wall tak semestinya di kawasan berbukit sebab sekarang ini dah banyak indoor rock climbing wall di negara kita, jadi tak ada masalah pun untuk awak semua cuba. Bila lagi nak cuba, kalau bukan waktu musim jerebu ini. 

FOOD HUNTING

Sumber gambar:

Weekend adalah masa yag paling sesuai untuk bagi mak kita ‘rehat’ memasak! Apa kata hujung minggu ini korang ajak family pergi food hunting! Seronok tau food hunting.. tapi pastikan malam sebelum korang keluar, dah sediakan senarai kedai makan yang bakal korang pergi! Kalau family korang minat makan Italian food, korang boleh cuba makan di Victoria Station! Klik SINI untuk dapatkan tawaran hebat!

ICE SKATING

Sumber gambar:

Ice skating ini memang antara aktiviti yang best kalau nak buat dengan keluarga atau kawan-kawan. Zoe rasa ramai saja antara korang ini yang reti main ice skating, jadi apa kata kalau korang bosan. Pergi saja isi masa itu dengan main ice skating. Mana  tahu korang boleh wakil negara Malaysia ke? 

Lepas ini #Lunagirls dah tak perlu rasa terlalu bosan sebab aktiviti korang dibatalkan. Why not korang cuma tukarkan aktiviti itu kepada aktiviti secara indoor. Nanti boleh rancang tarikh lain untuk teruskan aktiviti outdoor yang tertunda akibat jerebu. Dan jangan lupa girls, minum air banyak-banyak walaupun awak buat aktiviti indoor okay!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lisa BLACKPINK Digelar ‘Ratu Thailand’ Selepas Tolong Mangsa Banjir

iKON Kena ‘Serang’ Dengan iKONIK, Sampai Keluar Surat Saman