in ,

Ini Akaun Instafamous Resepi Memasak Ramadan 2020

Sumber gambar: instagram @ashhryyyyy & @khairulaming

Tinggal lagi beberapa hari sahaja puasa kita ini nak habis. Korang sempat ke tak itu belajar masak dengan mak? Ke ada yang dah tak ada idea lagi nak cari resepi apa untuk memasak sahur dan berbuka di bulan ramadan tahun ini? Ala, korang ini… macam tak tahu pula, kita kan ada ramai sangat instafamous yang sudi berkongsi idea dan resepi masakan di media sosial itu. Why not korang cuba follow Instagram mereka ini kalau nak lebih banyak makanan yang best lagi! 

@khairulaming

 

View this post on Instagram

 

Puasa Day 10 : Ayam Goreng Pandan . . Bahan2/Ingredients: 🌕2 keping dada ayam (2 pieces of chicken breast) – boleh guna bahagian lain jugak/can use other parts as well 🌕halia sebesar ibu jari (thumb sized ginger) 🌕5 ulas bawang putih (5 cloves garlic) 🌕2 btg serai (2 lemongrass) 🌕1/2 keping gula melaka (1/2 piece palm sugar) 🌕2 sudu kicap manis (2 tbsp sweet soy sauce) 🌕2 sudu sos tiram (2 tbsp oyster sauce) 🌕Garam (Salt) 🌕Daun Pandan (Pandan leaves) 🌕Pencungkil gigi (toothpicks) . . . . No prejudice. All materials (excluding music) owned by Rasapop PLT. All characters created are fictional and not associated with any individual or parties. #food #foodie #minum #juice #malaysia #kualalumpur #tasty #healthy #drink #2020 #eat #recipe #resepi #masak #dapur #ramadan #puasa #30hari30resepi #sahur #berbuka

A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming) on

Untuk pengetahuan korang, tahun ini adalah tahun ketiga Khairul Amin ini buat 30 Hari 30 Resepi Sepanjang Ramadan. Memang betul! Siapa saja yang tak kenal Khairul Amin ini kan? Cara penyampaian video dia masak dan resepi yang dikongsikan oleh dia pun memang sangat mudah dan bersahaja. Korang yang baru nak belajar masak atau tak pernah memasak langsung dalam seumur hidup pun boleh lah cuba belajar dari @khairulaming.

@ashhryyyyy

 

View this post on Instagram

 

Cendawan Enoki Shoshedap Pap Pap Cendawan Enoki Shsohedap salted egg powder Jajan Flamitoz @adabi_consumer Tepung serbaguna @adabi_consumer Telur Okay kali ni simple simpel je buat moreh nanti, asyik bagi makan kek je mungkin laki kau boring. Pecahkan telur, masukkan dalam bekas. Tepung masuk kan dalam pinggan, flamitoz tumbuk sampai hancur then masukkan dalam bekas asing asing jugak. Lepas tu celup cendanwan dalam telur, tepung, jajan flamitoz lepas tu goreng sampai warna keemasan & kekuningan . Lepas tu dah siap, kau toskan minyak. Lepas tu susun kat pinggang cantik cantik okay. Lepas tu taburkan salted egg powder shoshedap. Lepas tu dah siap, makan makan hmm shoshedap shoshedap. Tiberrrr Untuk Salted egg powder @shoshedap boleh dapatkan dengan agent & stokis kami yang sah. Pls refer dekat page @shoshedap! Selamat mencuba. @shoshedap #shoshedap #ashhmasak #cendawanenoki

A post shared by @ ashhryyyyy on

Kalau yang seorang ini, memang menjadi favourite korang yang dah pandai masak tapi tinggal nak cari idea apa yang korang nak masak setiap hari saja. @ashhryyyyy dikenali sebagai unnormal chef on Instagram dengan hashtag #masakcampakcampak #pijakleher. Cara penyampaian video memasak @ashhryyyyy memang macam rapper tau! Jadi kalau korang terlepas apa dia cakap pun, don’t worry sebab dia siap dah tulis siap-siap apa yang korang perlukan untuk masak hidangan yang dikongsinya di akaun @ashhryyyyy itu. Bukan itu saja, dia juga siap ada jual salted egg powder tau! Kan itu memang kegemaran korang sekarang ini. hehe!

@arianna.kitchen

 

View this post on Instagram

 

KITKAT Cheesecake? Siapa kata tak boleh guna KITKAT untuk buat kek? So jom Ary share resepi KITKAT Cheesecake dengan u guys. Sangat Mudah dan tak banyak guna bahan pun. Apa yg penting mesti ada Kitkat😊. So boleh lah buat untuk Hari Raya nanti 😁. Selamat mencuba! Anyway, korang jangan lupa jugak untuk join KITKAT Challenge tau, boleh menang 1 year supply of KITKAT! @KitkatMalaysia #KITKATMalaysia #DudukRumah #RayaBersama

A post shared by Arianna Kitchen / 17 (@arianna.kitchen) on

Setiap pukul 1 petang, korang boleh lah tengok video hidangan apa yang akan dikongsi oleh @arianna.kitchen. Kalau korang dan keluarga adalah penggemar makanan yang lebih mudah dan juga pencuci mulut dan kuih-muih. Arianna adalah orang yang paling sesuai untuk korang follow. Bukan setakat itu sahaja, cara penyampaian memasak Arianna juga lebih sesuai untuk korang yang masih bersekolah ini sebab dia baru sahaja 17 tahun! 

@syafkun

 

View this post on Instagram

 

Vlog Puasa 11 – Rabokki – Ramyeon + Topokki (rice cake) (KOS: Dalam RM 15) Harini versi upgrade dari semalam, macam kombinasi 2 menu, tapi one of famous menu jugak kat korea, boleh jumpa sebagai street food, ala-ala pasar malam kita BAHAN-BAHAN : 🌕 Ramen Samyang Cheese (1 paket) 🌕 Sosej (2-3 batang) 🌕 Topokki (Sukahati) dah dimasak NOTA: LINK CARA BUAT TOPOKKI: https://www.instagram.com/p/B_n8Cxop1pm/?igshid=1iwu2gws9osnw CARA-CARA SOSEJ SOTONG: 🌕 Potong sosej separuh dan potong 4 kepingan di hujung sosej, buat bentuk sotong (optional) 🌕 Goreng sosej CARA-CARA RABOKKI: 🌕 Rebus mee samyang dan simpan sedikit air rebusan 🌕 Masukkan air rebusan (1/2 cawan) dan masukkan perasa samyang 🌕 Masukkan ramen, tteokbokki dan sosej 🌕 Gaul dan masukkan serbuk cheese samyang dan serbuk kering Samyang 🌕 Selamat bermoreh FOLLOW: IG: @syafkun Fb: Syaf Kun No prejudice. All material owned by Pav. PLT #sahur #berbuka #hacks #makan #malaysia #2020 #minum #pkp #lifehacks #ramadan #mco #vlog #resipi #puasa #food #foodie #lapar #eat #recipe #tasty #foodporn #juice #syafkun

A post shared by Syaf Kun (@syafkun) on

Antara yang paling best juga untuk korang follow sebab @syafkun lebih dekat dengan korang semua yang suka menggunakan periuk nasi untuk memasak! Ha! Yang tinggal asrama atau jauh dari ibu ayah dan tak banyak peralatan dapur itu, @syafkun memang sesuai sangat untuk korang. Semua hidangan dan resepi yang dikongsi oleh @syafkun juga memang kebanyakan mudah dan menarik sebab dia ajar korang buat tteok-bokki lah, thai dessert lah, samyang dan makanan barbeque pun ada! Korang tunggu apa lagi? Cuba lah usha, mana tahu berkenan untuk waktu iftar nanti! 

@azfarheri

Jika korang suka kan hiburan sambil memasak, @azfarheri adalah orangnya. Memang boleh buatkan ramai orang terhibur dengan gelagat memasaknya sebab Azfar ini siap buat karipap pelbagai bentuk, nona manis dalam bekas yang ikut suka hatinya dan lain-lain. Bukan setakat itu sahaja, cara penyampaian Azfar memasak pun lebih jelas walaupun dalam keadaan yang sangat santai.

Selepas ini, korang sudah tiada masalah lagi lah nak fikir nak masak dan hidangan apa untuk juadah sahur dan berbuka. Ini sebab kalau korang tonton sahaja video masakan yang dikongsi oleh instafamous yang kami dah share ini, mesti korang dah ada banyak lauk untuk disediakan. Boleh juga kalau korang nak ambil, makanan utama berbuka dari @syafkun , appertizer dari @khairulaming dan dessert dari @arianna.kitchen , moreh @azfarheri dan sahur @ashhryyyyy punya idea ke. Memang best tau! Mesti perut korang kenyang puas hati!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Komen
  1. Yapszx setuju sangat … masing masing ada cara masak yg brlainan … suka sangat dengar dorg semua tambah tambah lgi setiap sorg ada daya tarikan sndiri … and one more instafamous yg best bab masak masak nie @dapoq_pdot 💕💕

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Fakta Tentang Lelaki Yang Mungkin Tak Ramai Perempuan Tahu

Raya Musim PKPB, Perlu Beli Baju Raya Atau Tak?