in ,

Influenza Cepat Merebak, Ini Langkah Berjaga-Jaga

Sumber gambar: Ama-assn.org

Virus Influenza kini kembali ke Malaysia dan sekarang ni semua orang berada dalam langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan diri daripada terkena penyakit berbahaya yang boleh menyebabkan kematian tu. Influenza ni merupakan selsema yang mana jangkitan virus mudah berjangkit melalui titisan salur pernafasan bila pesakit batuk atau bersin. So kalau sesiapa tengah bersin atau batuk, make sure tutup mulut korang.

Related image
Sumber gambar: Cikkyra

Boleh dikatakan yang Influenza ni ialah wabak bermusim dan simptom yang akan kita alami ialah demam, batuk, cirit-birit, sukar bernafas dan selsema tapi boleh menyebabkan jangkitan teruk.

Antara golongan yang berisiko tinggi untuk terkena Influenza ni ialah:

  • Kanak-kanak bawah 5 tahun
  • Wanita hamil
  • Warga emas berumur 65 tahun ke atas
  • Penghidap penyakit kronik (kencing manis, darah tinggi)

via GIPHY

For those yang ada mengalami simptom sama, make sure terus ke hospital untuk buat checkup. Elakkan berada dekat tempat awam dan bersesak dengan orang ramai. Kalau adik korang berada dekat pusat jagaan, make sure minta parents ambil suntikan vaksin untuk satu keluarga supaya dapat elakkan diri daripada terkena jangkitan.

Ada beberapa langkah berjaga-jaga yang boleh korang ikuti untuk elakkan diri daripada terkena dengan wabak Influenza yang semakin berleluasa ni. Pastikan korang semua…

Image result for influenza
Sumber gambar: Nfid
  • Jarakkan diri dengan sesiapa yang menunjukkan simprom ada penyakit Influenza which is batuk berpanjangan dan bersin.
  • Sentiasa cuci tangan dengan kerap dengan sabun dan air yang bersih atau gunakan hand sanitizer.
  • Elakkan jari sentuh bahagian mulut, hidung dan mata.
  • Hadkan masa dekat luar kalau korang berada dekat kawasan sesak yang ramai orang.
  • Dapatkan suntikan vaksin dekat hospital kerajaan atau swasta yang terdekat.
  • Gunakan topeng mulut untuk membantu mengawal sebarang sebaran titisan cecair dari mulu dan hidung.
  • Minum air masak banyak-banyak dan sentiasa bawa tisu ke mana-mana.
  • Jauhkan diri daripada kanak-kanak sebab mereka ialah individu yang paling mudah dijangkiti virus Influenza.
Image result for budak sekolah pakai mask
Sumber gambar:

So far Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mengesahkan bahawa ada dua kes jangkitan Influenza A dikesan dekat Cyberjaya dan Klang sejak minggu lepas. Kes pertama yang dikesan ialah dekat Sekolah Kebangsaan Cyberjaya yang melibatkan seramai 20 orang pelajar dan seorang guru yang mengalami demam, batuk dan selsema. Sementara dekat Klang pula melibatkan dua beradik dalam satu keluarga. Biasanya bila ada ahli keluarga yang terkena virus ni, yang lain perlu ambil langkah berjaga-jaga.

Flu (Influenza) ni merupakan satu penyakit jangkitan hidung, tekak dan paru-paru yang disebabkan oleh virus. Virus ni sememangnya mudah untuk dijangkiti oleh sesiapa sahaja macam yang Ainaa katakan dekat atas tadi. Kalau dekat negara beriklim sederhana, negara tropika seperti di Malaysia, musim puncak bagi virus ini ialah berlaku pada sekitar Oktober hinggan Januari dan April hingga Jun.

Make sure kalau sesiapa yang terkena jangkitan virus ni, mereka dinasihatkan untuk duduk di rumah supaya boleh dikuarantin dan berehat. Lagi penting kalau kanak-kanak bawah umur, mereka sememangnya perlu duduk di rumah supaya tak jangkit kepada rakan mereka yang lain dekat sekolah. Tapi kalau melampau sangat, kena la jumpa doktor supaya virus bahaya ni dapat dicegah dengan lebih awal.

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bisnes Sesuai Untuk Pelajar Sekolah Jadi Usahawan Muda

Skin Care Wajib Untuk Boys Squad!