in ,

Influencer Kena Tahan Polis Sebab Kes Samun!

Sumber gambar: Instagram.com

What?! Serious ada influencer yang kena tahan polis sebab kes samun? Takkan seorang influencer boleh buat macam itu? Dah famous, sekali ada kes polis pula!

Semalam kecoh sekejap di Twitter bila ada berita tentang seorang influencer perempuan yang dikatakan ditangkap oleh polis sebab kes samun. Biasanya kalau dah nama pun influencer, kehidupannya agak mewah sebab banyak dapat barang free atau dapat sponsor daripada banyak company.

Tapi kalau hidup mewah daripada hasil merompak macam mana pula? Agaknya akan lagi bertambah mewah hidupnya berbanding influencer yang dapat sponsor daripada company terkenal. Rupanya seorang influencer ini ditahan bersama dengan bapanya sendiri dan seorang rakan baik dalam satu serbuan oleh pihak polis kelmarin.

Hasil siasatan pihak polis rupanya mereka buat banyak kerja haram yang antaranya rompak kereta mewah, phone, cetak duit palsu dan yang lagi teruk ialah melibatkan penggunaan dadah. Alamak, berat sangat dah jadinya kes ini sehinggakan ada sebanyak 71 jenis barang dijumpai waktu malam mereka ditahan pihak polis. Seram pula bila dengar tentang berita ini.

Sumber gambar: Instagram

Tapi nampaknya sekarang ini influencer tersebut dah pun private akaun Instagram miliknya lepas kes. Mungkin takut di serang dengan netizen? At the same time dia juga merupakan seorang pelakon tambahan dalam sebuah drama. Kalau korang layan drama Gerak Khas, mesti korang pernah nampak muka influencer ini.

Maka ramai netizen beranggapan yang selama ini influencer tersebut hidup dalam kemewahan bukan disebabkan populariti di Instagram tapi rupanya sebab buat kerja yang tak sepatutnya. Alamak, malunya bila ramai orang dah tahu!

Dalam ramai yang kecam, ada juga yang dikatakan tak kenal siapakah gerangan influencer yang dimaksudkan. Kami sendiri tak berapa tahu siapa dia sebenarnya, mungkin sebab tak famous sangat di kalangan remaja..

Apa pun harapnya korang dekat luar sana untuk tidak buat kerja yang tidak elok semata-mata nak dapatkan perhatian atau nama. Tak ke mana pun status influencer.. Biarlah kita terkenal sebab benda baik, bukannya disebabkan perkara sebaliknya ya.

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bila Senior Busy SPM, Ini Aktiviti Boleh Buat Di Sekolah!

Tempat Paling Sesuai Untuk Pergi Family Day