in ,

Ikut Trend Social Media Sampai Bunuh Diri

Sumber gambar: https://www.fix.com/blog/does-social-media-cause-depression/

Zaman sekarang ni, makin lama makin banyak pula trend pelik-pelik. Sampaikan jadi ikutan teenagers dekat social media. Korang pernah tengok trend yang tak masuk akal? Dengar je pun dah scary, tapi ada je yang ikut juga trend ni sampai sanggup korbankan diri sendiri..

COCKROACH CHALLENGE

Sumber gambar: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=417918429039216&set=a.175605466603848&type=3&theater

Ewww dah la lipas tu serangga perosak yang kotor, ada pula manusia letak lipas dekat atas muka?! Challenge mengarut ni mula-mula bila ada one of pengguna Facebook which is Alex Aung dari Myanmar letak lipas yang dia jumpa dekat rumah. So dia pun dengan bangganya selfie dengan lipas tu pada 20 April lepas, sampaikan gambar tersebut viral. Kalau kita ni nampak je lipas terbang, berlari sampai tak cukup tanah! Kebanyakan orang yang ikut challenge ni pula dari Filipina, Myanmar dan Indonesia. Nasib baik orang Malaysia bijak, tak ikut trend merepek macam ni.

JANGAN BAYAR CHALLENGE

As influencers, korang kena la tunjukkan contoh yang baik pada followers kan? Rasanya korang kenal kot siapa influencer yang Ainaa maksudkan ni, kalau tengok sendiri dekat Instagram, banyak je video challenge yang dia pernah buat. Actually challenge ni dah lama, nasib baik tak ada orang yang berani ikut! Just imagine tengah nak bayar makanan dekat kedai, korang terus lari dari situ. Tapi tak sure la kalau off camera, diorang bayar balik makanan or barang yang dibeli tu. Nak kena tangkap dengan polis ke!?

#NOSEHAIREXTENTIONS

Sumber gambar: https://m.brilio.net/brilistyle/duh/10-tren-kecantikan-teraneh-yang-pernah-ada-bikin-geleng-geleng-kepala-180518e.html

Girls, korang sanggup tak keluar rumah dengan bulu hidung yang panjang siap keliling seluruh lubang hidung? Actually bulu panjang tu datangnya daripada bulu mata palsu yang diletakkan dekat keliling lubang hidung. Trend tu mula bila seorang pengguna Instagram ni post gambar dia dengan bulu hidung panjang, pada tahun 2017. Sampai sekarang ada je Mat Salleh yang teruskan legasi trend tu sebab since last week Google News Trends keluarkan article yang #NOSEHAIREXTENTIONS ialah trend terbaru dalam dunia fesyen. Fuhh biar betul?!

BUNUH DIRI

Sumber gambar: http://www.kosmo.com.my/negara/bunuh-diri-kerana-undian-netizen-1.901013

Bunuh diri boleh jadi trend? Tak mustahil ia akan jadi satu trend kalau masih ada segelintir masyarakat yang ambil mudah soal perkara depression. Semalam dekat Kuching, Sarawak seorang gadis berusia 16 tahun ‘merealisasikan’ undian followers dekat Instagram yang minta dia untuk bunuh diri dengan cara terjun dari tingkat tiga. Sebanyak 69% undian followers yang setuju tau. Wowww, apa ya agaknya perasaan orang yang tergolong dalam 69% tu? Insta Story dia berbunyi ‘ Really Important, Help Me Choose D/Lwhich is D ialah mati (die) dan L bermaksud hidup (live).  After this please ya girls jangan sesekali pandang mudah dengan benda berkaitan nyawa ni.

Ingat ya girls make sure after this kalau korang nak ikut sesuatu trend atau challenge, fikir dulu pros and cons setiap tindakan. Jangan sampai menyusahkan diri dan orang lain pula.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Alamak! Main Game Ni Pun Boleh Kurang Pahala?

Ada Cikgu Baru? Okay Jom Kita Cuba Rapat