in ,

Ikut Tips Tepis Cyber Bully Cara Artis Malaysia

Sumber gambar: youtube.com/watch?v=-5PZ_Bh-M6o

Sana sini semua cakap tentang cyber bully. Tak cukup dalam negara, dekat luar negara pun banyak je kes tentang cyber bully.

via GIPHY

Dengar macam biasa je cyber bully, tapi sebenarnya effect sangat besar kepada si mangsa. Tengok saja di negara Korea sana, berapa ramai selebriti decide untuk bunuh diri akibat jenayah cyber bully oleh netizen dan fans sendiri. At the same time cyber bully juga boleh buatkan someone jadi depression hingga mungkin menyebabkan dia bertindak diluar jangkaan. Kita sebagai orang biasa pun ada kemungkinan terkena cyber bully cuma tak setinggi mereka yang terkenal. Since artis di Malaysia pun tak terlepas dengan situasi ini, ada beberapa perkara yang mereka lakukan untuk tangani masalah secara profesional. Cara yang biasanya mereka buat ialah dengan cara…

TUTUP KOMEN DAN DIAM

View this post on Instagram

@madameizara Noah ♥️

A post shared by Izara Aishah Adib (@izaraaishahofficial) on

Benda basic yang boleh kita buat of course tutup saja ruangan komen di Instagram milik kita. Confirm si pembuli atau netizen tak dapat nak tinggalkan apa-apa komen dekat mana-mana posting. Mungkin ia akan lagi mereka sakit hati sebab tak dapat nak komen. End up mereka akan beralih ke Direct Message(DM) untuk lemparkan kata-kata dekat situ. At least bila korang tutup ruangan komen, korang takkan rasa terkesan dengan apa yang orang lain akan cakap. Tak kisah ia positive atau negative sama sekali. At least diri kita sendiri tidak overthinking tentang apa yang diperkatakan oleh orang lain. Tengok macam pelakon Izara Aisyah, dia langsung tak buka ruangan komen dekat Instagram. Dekat situ dia dah jauhkan diri daripada netizen toxic dan hidup pun lebih bahagia.

BLOCK BLOCK BLOCK

via GIPHY

Orang kalau nak cari pasal, dia akan berusaha gigih untuk cuba buat kita rasa down. Even dekat social media mereka akan rasa mereka hebat bila dapat cyber bully orang. Hakikatnya entah-entah mereka yang pembuli sebenarnya kena buli in real life! Sebab itu dekat social media berani nak bersuara, bila depan-depan tak berani langsung. In case korang dah geram dengan komen-komen negative netizen, why not click ke profile orang berkenaan dan BLOCK sahaja! Dia bukan setakat tak dapat nak komen dekat posting korang, tapi nak tengok profile pun tak boleh!

TERHADKAN KOMEN

via GIPHY

Kebanyakan selebriti di Malaysia dah gunakan cara ini sebab ia adalah cara yang terbaik untuk elakkan komen negative daripada netizen makcik bawang. Ada a few followers sahaja yang boleh tinggalkan komen dekat posting tertentu. Kiranya orang yang paling rapat atau paling banyak berkomunikasi dengan kita dekat Instagram sahaja yang boleh tinggalkan komen. Contoh macam Nora Danish sendiri, dia memang dah gunakan filter ini since dulu lagi. Ia sangat bagus sebab dapat elakkan makcik bawang daripada tinggalkan komen negative dan si pembuli yang suka nak bitter. Biasanya hanya komen positive je yang akan ditayangkan dekat ruangan komen.

DELETE SEKEJAP SOCIAL MEDIA

Image result for uninstall instagram
Sumber gambar: Fonepaw

Urghhh makin melampau pula mulut pembuli a.k.a makcik bawang! Masa untuk tenangkan fikiran!

Yes, dah tiba masanya untuk korang delete account sekejap social media. Perbuatan ini boleh dikatakan sebagai terapi diri sebab kita jauhkan diri buat sementara waktu daripada toxic yang ada dalam social media. Si pembuli pun boleh berehat sekejap dan bertaubat. Korang tahukan yang Selena Gomez tak ada langsung apps Instagram dekat phone dia? After putus cinta dengan Justin Bieber, Selena kerap dapat komen negative dan dia juga salah seorang mangsa cyber bully. Penat dengan semua itu, Selena akhirnya decide untuk uninstall apps Instagram sehingga hari ini. So, kalau dia rasa nak guna Instagram, dia akan guna phone kawannya. Bagus juga cara Selena, at least tidak peningkan kepala fikir benda yang tak bermanfaat.

Agak-agak korang mampu tak buat semua ini in case one day korang kena cyber bully? Jawapannya ialah HARUS MAMPU! Cyber bully memang benda yang kita sendiri tak dapat nak cegah sebab bagi certain orang tak ada buat salah apa, tapi tiba-tiba one day kena cyber bully. Ada juga jadi pada someone yang dia langsung tak buat salah apa-apa, setakat twit something and end up one day dia kena cyber bully hanya sebab ada orang tak setuju dengan twit dia. So, memang kena get ready dengan situasi ini cuma jangan sampai ia effect diri korang okay? Sekarang ini semua benda tular dengan pantas!

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Artis Lelaki BBNU Pujaan Hati Gadis-Gadis

Wonho Monsta X Undur Diri Sebab Hutang?