in ,

Ikut Steps Ini Kalau Muka Mula Breakout!

Sumber gambar: https://www.teenvogue.com/story/teen-viral-cystic-acne-message-instagram

WHAT?! Kenapa tiba-tiba muka breakout pula ni?! Aduhhh, semalam okay je kenapa pagi ni terus jadi teruk pula?

Boleh menangis tepi bucu katil ya girls kalau muka yang asalnya flawless bak lilin tiba-tiba jadi breakout! Kalau Ainaa mulalah gatal tangan nak try produk itu ini sebab tak tahan tengok muka! Tapi sebelum kita buat perkara yang akan jadikan masalah bertambah lagi teruk, better habiskan baca article Ainaa ni okay…

STOP PAKAI APA-APA PRODUK

via GIPHY

Let say korang tengah try skincare produk baru, tiba-tiba terus naik jerawat! Adalah sangat diwajarkan untuk stop dulu penggunaan produk tersebut. Takut pkduct itu memang tak sesuai atau baru dalam fasa nak adapt dengan kulit muka. But sometimes ada orang muka jadi breakout waktu mula try product baru, after a few days teruskan, muka dia akan jadi okay je. Still depends pada individu juga girls! Kita lebih tahu kondisi kulut kita!

BASIC SKINCARE

Sumber gambar: https://www.imanabdulrahim.com/2017/06/skincare-beginner-basic-routine.html

Basic skincare adalah steps penting yang kita kena ambil berat tentang penjagaan kulit muka! Make sure basic skincare korang consistent supaya kulit muka jadi lebih sihat dan cantik! Jangan pula korang abaikan basic skincare tapi sibuk nak cuba cleanser yang ada acids atau PH tinggi. No no no! Kemungkinan nanti kulit korang akan jadi lebih teruk ya!

STOP SKRUB MUKA

Sumber gambar: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/10/08/elak-guna-skrub-secara-berlebihan/

Fungsi skrub adalah untuk buang sel kulit mati. Tapi kalau dah start breakout, please jangan teruskan lagi aktiviti skrub muka korang tu sebab nanti akan jadi lebih teruk. At the same time muka akan alami luka dan bakteria pun akan senang membiak. Kita kena biarkan muka rehat dan bernafas seketika okay!

JUMPA DEMATOLOGIST

Sumber gambar: https://www.thelist.com/78311/signs-make-appointment-dermatologist/

Semua benda dah cuba tapi keadaan masih lagi tak berubah? Merasakan hari semakin malap sebab muka still breakout? Dah sampai tahap macam tu, sila berjumpa dengan pakar dematologist sebab takut nanti makin lama nak baik. Pakar akan lebih tahu masalah yang korang alami dan mesti ada ubat yang akan dia bagi untuk masalah breakout korang.

Harapnya benda ni akan membantu korang okay girls! Jangan bersedih girls kalau muka korang tiba-tiba breakout sebab tu ialah fasa ke alam dewasa. Apa yang korang buat ialah bersabar dan cuba amalkan segala macam tips yang Ainaa pernah bagi ni okay.

What do you think?

-5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Fakta Luar Biasa Tentang Bra! No. 3 Paling Shook

Korang Mangsa Buli? Jangan Terus Jadi Lemah!