in ,

Ikat Rambut Punca Rambut Mudah Gugur?!

Sumber gambar: https://www.instagram.com/arianagrande/

Antara hijabis dengan girls free hair, hijabis lagi susah nak jaga rambut tau. Ye la, walaupun rambut tu tersembunyi dibalik tudung tapi tetap kena jaga dengan sebaiknya. Masalah utama untuk hijabis semestinya rambut gugur dan kelemumur!

Actually masalah tu jadi sebab salah diri kita sendiri yang malas nak ambil berat tentang penjagaan rambut. Jangan la malas sangat, makeup nak cantik, rambut malas nak jaga?! Jom kita tengok apa kesalahan biasa yang dilakukan oleh hijabis. Make sure lepas habis baca ni, jangan ulang balik kesalahan yang sama ya.

SIKAT GUNA SIKAT BERGIGI RAPAT

Image result for sikat rambut gigi rapat
Sumber gambar

Apa kaitan sikat dengan masalah rambut? Ha, memang la ada kaitan sebab sikat tu kan benda utama yang korang gunakan untuk sikat rambut? Bila guna sikat bergigi rapat, ia akan buat rambut tertarik secara paksa dan sangat tak baik untuk rambut! Lagi-lagi kalau rambut kusut, lagi la susah nak sikat guna sikat jenis ni. Pakai je sikat besar dan lebar tu, lagi senang nak sikat dan rambut pun tak gugur.

IKAT RAMBUT PONYTAIL

via GIPHY

Kalau korang ikat rambut ponytail yang biasa tu tak ada masalah pun, lagi selesa ada la sebab rambut terikat elok je. Tapi yang jadi masalah kalau korang ikat rambut ala-ala Ariana Grande yang ketat dan terletak atas kepala tu. Tahu tak sebenarnya rambut jadi stress sebab akar rambut tertarik dan menegang sebab terlalu ketat! Tak perlu pun ikat ketat macam tu, cukup setakat dekat paras tengkuk dan longgar. Bila akar rambut dah stress, mula la ia jadi mudah putus dan gugur!

TAK BAGI ‘BAJA’ DEKAT RAMBUT

Image result for dry hair
Sumber gambar

Pokok kalau nak hasil yang bagus, kena bagi baja kan? Sama juga macam rambut, nak rambut cantik, kuat dan bersinar mesti la kena letak nutrisi atau vitamin tambahan. Kita kena la bagi produk tambahan pada rambut supaya ia jadi lebih terjaga. Tak payah beli mahal-mahal, cukup dengan manjakan rambut dengan cara letak serum, vitamin dan scrub. Bagi rambut rehat sekejap daripada kena ikat setiap hari.

GOSOK RAMBUT KUAT-KUAT

Image result for balut rambut guna tuala
Sumber gambar

Biasanya lepas mandi mesti kita terus nak keringkan rambut sebab rimas basah-basah kan? Jalan penyelesaian paling cepat selain guna hairdryer ialah gosok dengan tuala sekuat hati! Lagi-lagi kalau tengah rushing nak pergi sekolah tu, mula la gosok sampai rambut gugur! Korang kena la keringkan perlahan-lahan, bukan kasar macam tu. Lagi bagi kalau boleh kurangkan penggunaan hairdryer sebab ia akan buat rambut bertambah kering dan tak elok untuk kulit kepala.

Actually, semua benda dekat atas ni Ainaa buat kecuali penggunaan sikat. Bukan apa, bila rambut panjang ni, jadi macam malas nak jaga, akibatnya banyak la rambut keguguran di medan perang. Korang jangan ikut perangau negative Ainaa ni okay! Jaga rambut tu elok-elok.

What do you think?

8 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Stereotaip Masyarakat Terhadap Remaja!

Kang Daniel “Color On Me” In Kuala Lumpur