in ,

Idea Untuk Dijadikan Topik Semasa IG Live

Sumber gambar: Instagram Mira Filzah , Instagram Syafiq Kyle

Hmm harini rasa macam nak buat IG LIVE, tapi nak sembang pasal apa ya? Nanti macam krik krik je tak tahu nak berborak apa waktu tengah live

Siapa dekat sini yang selalu tengok IG LIVE orang lain tapi tak confident nak buat IG LIVE di akaun sendiri? Semuanya disebabkan korang tak tahu apa nak borak dengan followers yang menonton IG LIVE tersebut. Apa agaknya perkara yang kita boleh borak bersama dengan followers yang ada? Sometimes kita rasa takut nak berbual sebab risau tak ada orang yang tengok IG LIVE, tapi tak mengapa la at least korang cuba untuk berjinak-jinak buat IG LIVE kan. Ainaa ada beberapa cadangan untuk korang guna pakai waktu IG LIVE nanti okay!

MAKAN MAKAN

The untold truth of mukbang
Sumber gambar: Mashed

Content IG LIVE macam ini memang favorite Ainaa dan juga Zoe… Kami berdua kalau buat live dekat office, confirm akan live sambil makan. At least bila kita buat live sambil makan tu, ada la juga topik kita boleh cakap. Contohnya that time korang tengah makan nasi lemak MCD, then boleh la compare perbezaan antara nasi lemak MCD dengan nasi lemak makcik tepi jalan daripada segi rasa, bau dan harga. Benda tu saja boleh jadikan topik perbualan sampai orang yang tengah tengok live korang pun boleh bagi pendapat mereka sendiri. Kira ala-ala live sambil mukbang la Kena cuba tau cara ni!

ISU SEMASA

Sekarang ini banyak isu semasa yang boleh dibualkan. Contohnya tentang Covid-19 yang seakan-akan kembali menghantui penduduk Malaysia. Korang boleh beri pendapat tentang kes yang semakin meningkat setiap hari, sikap rakyat Malaysia yang abaikan SOP dan keluar sesuka hati tanpa batasan. Cuma kena beringat la, bila bagi pendapat tu jangan sampai korang sentuh sensiviti mana-mana pihak, risau nanti korang yang kena kecam semula. Jangan lupa cakap sekali tentang isu pelajar sekolah yang masih tak siapkan kerja sekolah walaupun sekarang ni sekolah sudah dibuka semula, hehe!

BUAT ASK ME TERLEBIH DAHULU

How to Use Instagram Questions - The Atlantic
Sumber gambar: The Atlantic

Cara paling senang nak berbual dekat IG LIVE tanpa rasa awkward, korang boleh buat ASK ME terlebih dahulu dekat Instagram dan jawab semua soalan dekat IG LIVE. Make sure soalan yang korang dapat banyak la, kalau setakat dua tiga sahaja macam bosan pula nak jawab soalan sikit macam itu. Let say korang tengah jawab soalan tentang tips penjagaan rambut, boleh la sembang sikit tentang produk yang korang pakai, sejak bila pakai dan apa sahaja yang berkaitan supaya orang yang tengok live korang tu tak rasa bosan.

AJAK ORANG LAIN LIVE SEKALI

Now you can ask to join a friend's Instagram live video | Engadget
Sumber gambar: Engadget

Sometimes kalau live seorang diri ni bosan sikit… Sebab tu kita perlukan peneman supaya keadaan jadi lebih fun. Cara ni kitorang sendiri selalu buat kalau semua orang tengah ada free time. Macam haritu Tee dengan Faya live sama-sama dan mereka membincangkan tentang topik yang agak serious iaitu ‘selaput dara’. Content mereka itu sahaja dah dapat tarik perhatian ramai untuk tengok sebab ada perbincangan dua hala antara dua individu. Kalau kawan korang tak ada dekat sebelah untuk live sekali, ajak la dia untuk join live korang dari Instagram dia. So that followers korang berdua boleh tengok live tersebut.

Mula-mula memang korang akan rasa malu nak bercakap seorang diri dekat depan kamera sambil baca komen, tapi itu la caranya untuk communicate dengan followers yang ada. Tak ada la mereka ingat korang ini sejenis yang sombong, nanti ada pula yang unfollow korang… Korang boleh tengok contoh Instafamous yang lain buat IG LIVE, tengok apa yang mereka selalu bualkan, kadang-kadang itu boleh dijadikan sebagai reference tau. Good luck semua!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Aplikasi Berguna Yang Jarang Orang Ambil Tahu

Tips Belajar Unik Dan Istimewa Yang Pelajar Harus Tahu