in ,

Idea Terbaik Untuk Elakkan Raya Lebih 20 Orang Satu Rumah

Sumber gambar: twitter.com/_AsyikinZaidi

Mesti ramai di antara kita yang dah super excited nantikan Hari Raya Aidil Fitri, walaupun dalam keadaan masih perlu jaga jarak sosial, jaga kebersihan, dan lain-lain. Korang semua mesti jelas juga dengan arahan yang dikeluarkan untuk raya ini juga kan? Seperti solat hari raya tidak dibenarkan berjemaah di masjid, tiada open house, tiada rentas daerah dan juga negeri dan banyak lagi tetapi masih dibolehkan lagi untuk beraya bersama dengan syarat maksima 20 orang satu rumah pada suatu masa. Akan tetapi, untuk korang yang seronok sangat memikirkan saat nak berkumpul nanti. Korang mesti kena tahu juga kan, berapa orang yang ada dalam rumah kawan atau keluarga yang korang nak berkumpul nanti. Iya lah, mana tahu bila korang sampai saja rumah mereka, eh! Korang ini rupanya orang yang ke 21 pula kan? Hehe! Jadi kami ada beberapa idea terbaik untuk elakkan raya beramai lebih 20 orang satu rumah raya pertama nanti.

SINGGAH RUMAH LAIN

Sumber gambar: twitter Aiman_0110

Eh! Awak orang ke 21… Okay, kalau korang antara orang yang ke 21 ke atas, apa kata daripada korang bazirkan masa korang itu. Korang singgah pergi beraya ke rumah rakan atau saudara yang lain. Iya lah, bila sudah alang-alang berada dalam satu kawasan yang dekat itu, tak salah pun singgah beraya dan melawat yang lain dulu kan…

LEPAK LUAR DULU

Sumber gambar: twitter NurAmnieShamimi

Let’s say korang malas nak bergerak ke rumah yang lain dulu untuk beraya. Korang boleh lah tunggu sebentar di luar rumah mereka kan? Eh jangan salah faham tau! Maksud tunggu di luar sekejap ini, korang boleh sahaja tunggu dalam kereta dengan keluarga lain untuk beri masa pada tuan rumah nak kemas-kemas sikit ke, top up makanan ke, bagi masa pada tetamu mereka yang dah sampai lama itu nak pamit kan diri ke dan lain-lain. Ala, tuan rumah dan tetamu yang dah lama sampai itu pun tak ada lah kejam sangat sampai nak suruh korang duduk lepak luar rumah itu lama-lama pun…hehe!

INFORM AWAL

Sumber gambar: twitter daniamfz

Ini antara yang penting untuk korang semua, kalau memang malas nak tunggu luar atau pun singgah rumah yang lain dahulu. Apa kata, korang telefon atau teks sahaja pada tuan rumah yang korang nak pergi beraya pada hari raya pertama nanti. Sekurangnya, bila korang dah maklum pada tuan rumah yang korang nak datang singgah melawat dan beraya, nanti mereka boleh lah maklum pada tetamu mereka yang lain juga. Jadi, tak ada lah korang ter-bump each other beramai-ramai raya nanti.

“APA-APA ROGER”

Sumber gambar: twitter ameerahzulfikar

Kan sekarang ini lebih mudah sebab ada banyak aplikasi dalam telefon korang yang boleh buat group chat banyak-banyak itu. Apa kata, korang roger-roger sahaja dalam group chat Whatsapp, Telegram, Kakao dan lain-lain yang korang ada itu. Di situ, korang boleh lah PPR atau Pa Per Roger dengan tuan rumah dan para tetamu lain yang nak datang nanti. Kan senang! Huhu! 

Ha! Sekarang ini korang dah jelas kan dengan arahan beraya semasa PKPB ini? Ala, kita doa dan harap raya tahun ini adalah raya pertama dan terakhir yang kena kuarantin supaya raya akan datang sudah tak jadi seperti ini lagi. Sekurangnya korang ada pengalaman yang berharga sebab merasa jadi batch yang pernah beraya semasa kuarantin tau! Boleh lah cerita pada generasi masa akan datang nanti! 

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments