in ,

Idea Style Tudung Untuk ‘Dating’

Sumber gambar: Instagram nr.ainaaaamzalan

Wowooo! Tak sabar rasanya nak pergi dating dengan dia weekend ni… Alamak tapi mesti kena bersiap sikit, baru la si dia jatuh hati! Urghhh tak ada idea la pula nak buat style tudung ni!

Uishh, kalau first time pergi dating ni memang nervous jangan cakap la. Ainaa sendiri dulu waktu pergi dating untuk pertama kali, sampai pening kepala nak pakai tudung apa, baju apa, kasut apa dan semua sekali la. Tapi lama-lama nanti nervous tu dah hilang, yang tinggal hanyalah excited, cewah! So girls, korang nak pergi dating kan weekend ni? Still tak tahu lagi nak pakai tudung style apa untuk jumpa dengan si dia kan? Sebab tu la Lunaria ni BFF korang sebab kami memang akan bantu korang semua untuk hadapi situasi macam ni. For hijabis out there, this article Ainaa buat khas untuk korang yang tengah pening kepala fikirkan gaya tudung pergi dating. Check it out girls~

PIN DAN SELEMPANG TEPI

Style ni sangat simple, tak payah nak fikir banyak. Satu pin dah terus siap cantik dan terletak je tudung tu atas kepala korang. Gaya ni depends nak labuh atau pendek dekat bahagian depan. Kalau nak labuh, boleh biarkan je lebihan tu tapi kalau nak pendek korang kena masukkan lebihan dekat dalam baju atau bawa ke bahagian belakang. Apa yang penting bila berjalan, tudung akan bergerak-gerak juga. Ha, baru nampak style bila berjalan ke hati si dia, eh? Terpulang juga pada korang nak guna berapa banyak pin tapi kalau Ainaa, guna dua pin sebab nak make sure tudung secure dan tak bergerak.

NO PIN, IKAT BELAKANG JE

View this post on Instagram

Kinda miss this place

A post shared by Adilla (@adillazain) on

Tak suka serabut pin sana sini sampai terlupa dah hampir 10 jarum peniti dekat atas kepala. Gaya ni sesuai untuk korang yang tak suka pakai pin tapi masih nak kelihatan cantik di mata semua orang. Korang just perlukan anak tudung dan tudung sahaja, terus siap. Caranya macam dekat atas ni, bahagikan sama panjang kemudia ikat terus dekat bahagian belakang. Kemaskan supaya tak nampak messy sebab style ini memang nampak agak messy, tapi tak ada la messy sangat. Nak betulkan tudung sambil berjalan pun boleh je sebab korang boleh agak position tudung tu sendiri. Cuma kalau ada yang suka lagi kemas, boleh la pakai pin sikit.

ALA-ALA PUTERI MIRA FILZAH

Image result for puteri mira filzah
Sumber gambar: Erinsakura

Pernah tahun lepas bagaikan fenomena demam drama Sweet Dreams lakonan Mira Filzah dan Ben Amir. Style tudung yang digayakan oleh Mira dalam drama tu memang cantik dan simple je. Sekali tengok pun dah tahu macam mana nak buat. Cuma this time kita akan guna tudung bawal sebab tu je yang sesuai, kalau guna shawl nampak agak pelik dan lari konsep. Lagi best ialah bila korang perlukan getah untuk ikat bahagian belakang tudung tu. Tak kisah nak gunakan tudung bawal jenis macam mana, asalkan ianya ialah tudung bawal. Make sure jangan guna getah ikat barang dekat dapur tu pula, tak cantik kalau orang lain nampak. Ehemm, btw Ainaa ada tau buat tutorial gaya tudung macam Puteri tu, hehe! Check it out dekat bawah ni…

CUBA SEMUA GAYA DULU LEPASTU DECIDE

Haihh, Ainaa pun pening nak fikirkan gaya apa yang sesuai untuk cadangkan dekat korang semua. Bab style tudung ni memang boleh buat stress. So, Ainaa dah sediakan tutorial shawl untuk korang tengok sendiri dan cuba mana satu yang sesuai dengan korang. Mungkin dalam banyak-banyak idea dalam video dekat atas ni boleh tarik perhatian korang. Tapi kena cuba sehari before pergi dating la, at least nanti bila nak bersiap tak payah tunggu lama fikirkan gaya yang mana satu. Try je semua style yang ada, kemudian baru decide yang terbaik. Ada certain orang memang jenis stick dekat satu je gaya dan bila cuba gaya lain, mula la tak selesa. Orang tu ialah Ainaa ya, hehe!

Ada banyak sangat style tudung bawal atau shawl yang korang boleh tengok. Antara korang selesa untuk cuba atau tidak je. Kita ni kalau gaya tudung kena la ikut keselesaan supaya that time boleh jadi diri sendiri dan tak jadi orang lain bila berhadapan dengan si dia. Ingat, first date sangat penting sebab ia semua berkaitan dengan ‘first impression’. Good luck girls untuk menambat hati si dia tu.

What do you think?

13 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Puteri Balqis Jual Buku Puisi, Gigih Teruskan Hidup

Lewis Capaldi Spill The Tea Di Kuala Lumpur?