in ,

Idea Posing Luar Biasa Dengan Squad

Sumber gambar: instagram.com/lunariamy/

Alaa bosan la kalau suruh ambil gambar free style je, mesti buat peace je. Tak ada gaya posing lain ke? Macam ambil gambar kelas tahunan je, haihh.

Korang mesti kaki ambil gambar kan? Nampak je spot cantik, confirm kelam kabut suruh kawan ambil kan gambar. Selagi tak puas hati, selagi tu la nak snap snap snap sampai full memory! Tapi dah nama pun port cantik, mesti la nak ambil gambar banyak-banyak kan? Tapi kalau nak posing tu alamak terus jam kepala! Tak tahu nak buat gaya apa dah, end up nanti hasil gambar tu jadi awkward!

Lagi best kalau dapat kawan yang memang pandai ambil gambar pakej dia kasi angle boek lagi! Tapi kalau Ainaa, jenis kena bagitahu dulu nak angle macam mana, baru la boleh ambil gambar tu. Sebab ada certain orang ada angle dia sendiri which is their best side la kalau ambil gambar. Kalau ambil gambar ramai-ramai dengan squad, macam-macam gaya la yang akan keluar sampai nanti tak tahu nak pilih gambar mana satu sebab semua kelakar! Tapi mesti korang pun dah bosan asyik posing gaya sama, buat-buat gelak, peace, mini love itu ini. Typical posing bila ambil gambar la, apa lagi kan?

Ainaa ada idea best untuk korang ambil gambar lain daripada yang lain dengan squad! Ni ialah idea yang Ainaa jumpa dekat internet, hasil dia memang tiptop dan kelakar habis! Korang pun boleh buat juga, mesti nanti ramai yang like! Korang boleh jadikan reference bila nak ambil gambar dengan squad nanti!

POSING BARING ATAS TANGGA

Sumber gambar: Instagram @Lunariamy

Biasanya tangga yang famous dekat Malaysia ni ialah tangga dekat dalam Pavillion. Tapi korang berani tak nak ambil gambar baring dekat tangga tu? Haha! Confirm tak berani kan? Mau kena halau dengan guard pula nanti. Or else kalau tak berani nak baring, cukup korang beratur ramai-ramai dekat tangga sambil buat gaya masing-masing. Seorang dekat atas, seorang dekat bawah. Baru la style! Mana tahu lepas korang habis mini photoshoot tu, nanti ada orang lain yang tiru gaya yang sama ke kan. Asalkan tak ganggu ketenteraman orang lain sudah la ya. Tapi tak kisah la tangga dekat mana-mana pun. Tangga rumah sendiri pun boleh, cuma jangan ambil gambar dekat rumah tangga orang lain sudah la, eh?

BERIRI BERSEPAH TAPI JANGAN SEMAK

Faham tak maksudnya macam mana? Maksudnya korang kena pandai susun kedudukan masing-masing. Ada yang berdiri dan ada yang duduk tapi semua bersepah cuma jangan nampak semak sangat. Takut nanti dalam gambar jadi tak cantik. Korang susuk la yang rendah duduk, yang tinggi berdiri so that gambar nampak kemas je. Kalau nak duduk dekat kerusi pun okay juga sebab tak semua pun yang akan duduk kan? Mana yang tak muat nak duduk tu, berdiri je dan posing macam biasa. Elakkan buat gaya peace sebab kita nak nampak casual sikit untuk gaya posing ni.

POSING BIASA TAPI WARNA BAJU PENTING

Seorang pakai warna pink, yang lain kuning, ada pula warna biru ha dah macam pelangi tengok semua! Why not korang rancang untuk pakai satu warna tema? Let say kuning ialah warna utama untuk korang semua, so mix and match la kuning dengan putih ke, hitam atau apa je yang sesuai. Nanti bila ambil gambar baru la gambar jadi cantik sebab warna semua sama je. That time korang nak posing macam mana pun tak ada masalah sebab outfit dah onz! Posing gaya manja sikit, baru la nampak korang ni semua BFF sejati!

AMBIL GAMBAR DARI BELAKANG

Sumber gambar: Instagram @nr.ainaaaamzalan

This one memang favorite ramai! Ambil gambar dari belakang sambil masing-masing main peranan buat posing gaya sendiri. Ikut la korang nak buat peace ke, love or anything! Kalau dapat ambil gambar bayang-bayang korang pun cantik juga, tak payah susah nak fikir gaya posing, haha! Tudung senget pun orang tak nampak sebab dah ditutup oleh bayang-bayang! Hehe! Biasanya kalau ramai squad best la ambil gambar dari belakang sambil pemandangan pantai atau gunung! Perghh bestnyaaa!

Since sekarang dah cuti sekolah, boleh la korang lepak dengan kawan-kawan kan? Jangan lupa ambil gambar banyak-banyak sebagai kenangan korang bersama. Lepas ni mesti dah susah nak jumpa sebab masing-masing dah bawa haluan sendiri. Nanti kalau korang dah posing dengan BFF tu, jangan lupa tag Lunaria okay! Nak tengok juga gambar korang semua, hehe!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Apa Yang Best Sangat Dalam Kulit Ayam Ni?

Keunikan B-Boy Dalam Sukan SEA