in ,

Idea Menu Masakan Untuk Hujung Minggu

Sumber gambar: tompkinsweekly.com

Hujung minggu biasanya mesti kita akan bosan nak memikirkan aktiviti apa yang nak dibuat, betul tak? Jadi, kenapa tidak korang cuba untuk tunjukkan bakat korang di dapur? Walaupun muda dan susah nak dapatkan kepercayaan ibu ayah korang untuj memasak di dapur, korang bolehlah ajak parents korang sekali untuk tolong guide korang semasa memasak. Sambil itu, boleh lah korang upgrade skill memasak korang dari masa ke semasa kan? Jom kita tengok menu dan idea apa yang sesuai untuk korang cuba masak pada hujung minggu.

SAGU GULA MELAKA

Sumber gambar: buatoranglapo

Nak sediakannya pun memang senang sahaja. Korang tinggal rebus sagu yang korang dah beli di kedai itu. Seterusnya, cairkan gula melaka dengan api yang sederhana dan korang kena pastikan ia tak hangus. Lepas itu korang cool down kan dulu sagu dan gula melaka itu dan letaklah susu pekat itu. Memang sedap!

KEK PISANG COKLAT

Sumber gambar: sunniesdiary

Kalau dulu kek pisang memang rasa pisang sahaja. Sekarang ini, korang boleh rasa yang lebih baru sebab ia dah diletakkan coklat dan ia memang lembut. Cara nak buatnya korang boleh dapatkan dimana sahaja dan bolehlah korang hidang untuk makan petang dengan keluarga.

NASI GORENG PETAI

Sumber gambar: myresepi

Pagi-pagi hujung minggu nanti korang bolehlah masak nasi goreng petai. Nak sediakannya senang sangat macam masak nasi goreng biasa tapi korang tambah petai. Letaklah sambal tumis sekali memang lagi on!

PUDING ROTI

Sumber gambar: rasa

Puding roti pun antara salah satu makanan yang paling mudah dan sedap untuk korang sediakan pada hujung minggu. Lebih lagi kalau korang hidankan puding roti itu dengan kuah custard atau coklat. Dah lah manis-manis begitu, memang sesuai untuk korang hidangkan sebagai dessert selepas makan pada waktu tengahari.

POPIA KUAH PASTA

Sumber gambar: gramho

Biasanya popia yang kita jumpa akan ada inti sayur, ayam cheese dan lain-lain kan? Sangat jarang kalau kita nak jumpa orang jual popia yang berinti kuah pasta seperti bolognese dan carbonara kan? Jadi korang boleh lah cuba untuk buat popia kuah pasta ini pada hujung minggu sebab penyediaan kuah pasta itu sama sahaja seperti korang masak pasta tetapi korang boleh balutkan dalam kulit popia dan goreng seperti biasa.Β 

Semua idea menu ini memang beginner level pun boleh buat tau! Korang jangan risau, tak cuba mana nak tahu kan? Kalau tak sedap dan keras pada awal-awal pun tak apa. Tapi kalau korang yang dah pandai masak itu, bolehlah terus hidang untuk semua ahli keluarga dan kawan-kawan untuk rasa. Hehe!Β 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ada Pori Besar? Ini Cara Nak Kecilkan

Tradisi Sambutan Tahun Baru Cina Yang Korang Boleh Join!