in ,

Idea Hadiah Untuk BFF Tersayang!

Sumber gambar: Instagram @nr,ainaaaamzalan

Alamak! Minggu depan birthday si Alia la pula! Apa aku nak beli untuk dia ni? Tudung? Baju? Kasut? Alaaa, tak ada idea la!

Peningkan kalau fikir nak bagi hadiah dekat kawan kita? Lagi-lagi kalau untuk BFF kita. Mestilah kena beli benda yang dia suka, takkan setakat nak beli lilin wangi sahaja? Disebabkan si dia BFF kita akan lagi mencabar nak beli hadiah. Kalau beli hadiah yang dia tak suka, nanti dia sedih pula dengan kita.

Bukan korang je yang ada masalah macam ini, Ainaa sendiri hadapi masalah yang sama. Boleh dikatakan sebagai masalah besar dalam friendship. Kata orang, kalau dah berkawan kena tahu apa benda yang dia suka dan tak suka. So hari ini, LUNARIA ada beberapa idea untuk korang hadiahkan pada BFF. Confirm dia akan suka kalau korang bagi. Tak percaya? Baca dulu articleΒ ini sampai habis okay.

GAMBAR POLAROID

Image result for polaroid photo
Sumber gambar: Bukulapak

Korang mesti ada gambar bersama-sama betul tak? Inilah masanya untuk cuci gambar itu. Kumpul semua gambar korang yang paling cute dan bawa cuci dekat kedai. Nak lagi cantik kalau gambar itu dicuci ala-ala polaroid gitu, baru nampak lebih cantik. Boleh dia gantung dekat bilik, jadi hiasan tambahan. Sekarang ini tengah trend gambar polaroid even tak ditangkap melalui kamera polaroid sendiri. Di Instagram ada banyak akaun yang menawarkan perkhidmatan cuci gambar, korang tinggal pilih je.

BFF CHAIN

Image result for bff chain
Sumber gambar: Shopee

Korang kaki shoppingΒ online? Inilah masanya untuk korang borong segala macam aksesori yang ada dekat Shopee. Beli sahaja rantai ke, gelang ke atau subang sekali pun. Ada macam-macam aksesori untuk BFF dijual dekat situ. Tinggal korang pilih mana yang berkenan dihati je. Kalau nak tahan lama, boleh beli yang mahal sikit jangan beli yang harga RM1 atau RM2 je. Jangan kedekut ya, itukan BFF kita. Beli banyak aksesori BFF dan letakkan dalam satu box. Mesti kawan korang suka sangat hadiah itu.

SWEATSHIRT

Image result for bff sweatshirt
Sumber gambar: Dhgate

Sekarang tengah in pakai sweatshirt tau. ScrollΒ je mana-mana social media sekali pun, confirm ada banyak sweatshirt dijual. Korang beli mana-mana sweatshirt yang sesuai untuk kawan korang. Kebanyakan Instashop ada jual 3 RM100, haa murah tu! Nak diikutkan harga sweatshirt agak mahal tapi kalau dapat 3 helai RM100 memang dah murah. Melainkan korang beli dekat Shopee atau Lazada, dekat situ dapat lagi murah cuma kualitinya tak berani nak jamin. Lepas ini boleh OOTD sama-sama nanti, mesti dia akan suka!

TIKET KONSERT

Image result for concert
Sumber gambar: Medium

Pergh! Ini kalau dapat hadiah tiket konsert memang sayang lebih gais! Korang memang dalam kategori BFF terbaik di dunia sebab tak semua orang sanggup nak belikan tiket konsert ya. Ainaa sendiri pernah belikan tiket konsert untuk kawan Ainaa dan dia suka gila! Cuma kalau nak beli tiket konsert Kpop tu tak mampu la sis, konsert lokal boleh la. Asalkan minta kebenaran parents dulu kalau nak pergi konsert tu ya. Sekarang ni ada banyak konsert artis lokal akan diadakan di sekitar Lembah Klang, tinggal korang rajin cari je.

So now masih pening lagi ke nak pilih hadiah birthday untuk BFF? Tak perlu pening kepala dah, ikut je idea yang kami bagi tadi.. SemogaΒ friendship korang akan lebih berkekalan!

What do you think?

7 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments