in ,

Idea Bekal Makanan Sihat Untuk Ke Sekolah

Sumber gambar: brookings.edu

Korang pernah tak tiba-tiba sahaja rasa bosan makan makanan segera dan makanan yang tidak berkhasiat? Kadang-kadang sampai satu tahap, tak nak makan di sekolah pun ada sebab kebanyakan makanan yang di jual di kantin tidak terlalu berkhasiat dan sihat. Eh! Korang tak perlu pun berlapar sebab tak nak beli makanan kantin sebab kami ada cara lain. Apa kata, korang cuba idea makanan sihat ini dijadikan bekal untuk korang bawa ke sekolah.

GRILLED SANDWICH

Sumber gambar: times of india

Korang boleh grill dulu ayam, ikan salmon, daging ke atau apa sahaja protein untuk sandwich korang setiap malam sebelum pagi nak ke sekolah. Nanti bila sudah siap, korang sediakan sahaja grilled sandwich korang bersama sayur-sayuran dan keju dan biarkan semalaman dalam peti sejuk. Sebab sandwich sedap di makan bila sejuk dan korang boleh bawa bekalan ini bersama buah-buahan.

FINGER FISH WRAP & BANANA

Sumber gambar: evoke

Selain itu, korang boleh juga goreng jejari ikan dan sediakan ia sebagai wrap. Cara penyediaannya sama sahaja seperti chicken wrap dan lamb wrap. Dihidang bersama sayur-sayuran dan lain-lain, korang bungkuskan sekali bersama buah pisang.. Barulah hidangkan bekal korang seimbang!

BOLOGNESE PUFF & FRUITS

Sumber gambar: weelicious

Seterusnya, korang cuba masak kuah bolognese itu mengikut yang korang suka bersama daging atau ayam bersama cendawan dan tomato. Selepas itu, korang masak ala-ala karipap, jadi namanya adalah bolognese puff. Korang buat dalam dua hidangan dan bungkuskan sekali bersama buah-buahan seperti strawberi atau buah-buahan lain pun sudah memadai.

NASI AYAM

Sumber gambar: picuki

Untuk pengetahuan korang, nasi ayam adalah hidangan yang paling cukup berkhasiat dan lengkap dengan semua zat. Sebab ia ada protein, serat, karbohidrat dan sebagainya. Kenyang pun kenyang bila makan nanti. Nak bawa buah apa pun, itu terpulang pada diri korang..  

See? Senang sahaja sebenarnya untuk korang bawa bekalan makanan sihat ke sekolah. Cuma korang kena sentiasa rajinkan diri untuk sediakan dan masak setiap hari lah. Kalau nak sihat kenalah rajin, setuju tak?

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments