in ,

Idea Baju Raya Haji Simple & Cute!

Sumber gambar: http://marieclaire.com.my/fashion/page/21/

Raya Haji ada baju khas juga ke? #Lunagirls rasa ada ke tak? Tapi ada juga yang melawat saudara-mara macam Hari Raya biasa dan biasanya waktu raya ramai yang tak tahu nak pakai baju apa kan? Sebab kebiasaannya Raya Haji ramai yang pakai jubah atau kaftan sebab senang. Jadi, LUNARIA ada beberapa idea baju simple and cute apa yang #Lunagirls boleh pakai waktu Raya Haji nanti sebab tak semua yang nak beria pakai baju kurung peplum, baju kurung moden atau yang meriah sangat kan? 

KURUNG KEDAH

Sumber gambar: https://www.pinterest.com/pin/256142297541169044/

Baju paling senang nak pakai dan pada waktu yang sama siapa yang pakai akan nampak comel. Selain itu, oleh sebab lengan baju kurung Kedah panjangnya tiga suku korang boleh tolong mak masak di dapur. Confirm banyak orang masjid bagi daging dekat korang nanti.

KURUNG PESAK

Sumber gambar: http://mekjahkiosk.blogspot.com/2010/07/japanese-cotton.html

Bunga kecil-kecil, back to basic, baju kurung pesak adalah baju paling simple dan rasanya semua orang ada. Baju kurung pesak ini pun longgar dan amatlah sesuai untuk korang sama ada yang duduk di rumah saja atau yang keluar melawat saudara.

KURUNG JOHOR

Sumber gambar: https://www.fashionvalet.com/kurung-johor-set-in-white.html

Simple, cute and at the same time elegant! Potongan baju kurung Johor adalah straight cut dari atas ke bawah. Kain baju kurung pula biasanya tak ada sebarang lipatan macam lipat batik, pareo dan lain-lain.

KURUNG PAHANG

Sumber gambar: https://muslimahclothing.com/product/baju-kurung-pahang-diandra-green/

Macam baju kurung Pahang pula, bajunya ala-ala baju kurung johor tapi baju dengan ‘A’ cut dan untuk kain baju kurung biasanya lipat batik. Baju kurung Pahang ini pun sama, selesa dan korang bolehlah pakai waktu Raya Haji nanti.

Anyway, LUNARIA nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha dan kalau #Lunagirls keluar jalan-jalan dengan kawan nanti jaga diri ok! Untuk yang masih ada paper lepas Raya nanti good luck, study smart and all the best kami ucapkan! 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Hilangkan Tompok Hitam Lutut & Siku!

Perkara Terlarang Semasa Exam Week!