in , ,

Idea Ambil Gambar Dengan Squad Waktu Cuti!

Sumber gambar: pinterest.com

Bila keluar dengan squad pada waktu cuti mesti kita akan buat banyak aktiviti yang menyeronokkan sebab waktu ini sahaja yang kita boleh isi masa untuk bergembira dan berseronok dengan mereka. Waktu dah buka sekolah nanti dia macam penat sangat nak keluar jalan-jalan dengan kawan sebab nak kena buat homework, pergi tuition dan lain-lain, betul tak? Bila dah keluar jalan-jalan dengan squad mesti kita tak akan terlepas buat satu aktiviti ini. Macam tipu sangat kalau korang tak ambil gambar dengan squad korang kan! Hehe! Jadi kali ini kami akan kongsi dengan  korang semua idea sudut mana yang cantik dan on point untuk korang ambil gambar dengan squad waktu cuti ini. 

SELFIE

Sumber gambar: Pin Interest

Seperti biasa selfie adalah perkara wajib yang perlu korang buat semasa jumpa dengan squad korang sewaktu cuti. Kalau tak selfie itu memang tak sah. Walaupun baru beberapa jam sahaja jumpa mesti memori dalam galeri gambar boleh mencecah lebih 1,000 gambar kan? Jadi, idea selfie ini tak akan pernah lapuk. Hehe

SEKOLAH

Sumber gambar: Tek ID

Mesti ada dalam squad korang yang ajak lepak main di taman dan padang sekolah waktu cuti kan? Kalau ada, apa lagi korang ambillah gambar beramai-ramai di sekolah sebanyak mungkin sebab waktu sekolah kan tak boleh bawa phone sangat. Jadi, ini sajalah masanya untuk ambil gambar di sekolah dengan squad korang tanpa perlu pakai baju sekolah atau baju sukan. 

MIRROR

Sumber gambar: we heart it

Mirror selfie di tandas atau di mana sahaja pusat beli belah tidak akan pernah lapuk. Jadi bila nampak cermin. Apa lagi girls? Pergilah pose dengan squad korang dan bergambar bersama-sama. Kalau ada yang tengok dan pandang pelik, korang hiraukan sahaja. Asalkan kita tak kacau orang dan ganggu orang lain punya kerja waktu itu.

ON FLEEK

Sumber gambar: Flickr

Waktu korang keluar pergi kenduri jiran kawasan rumah korang ke, keluar duduk lepak sambil main mekap-mekap ke atau lain-lain. Why not, korang ambil gambar dengan squad korang hasil karya seni muka korang itu. Lepas itu, naikkan lah kening korang ala Ziana Zain sedikit, barulah on fleek you alls! Hehe! 

MINUM AIR

Sumber gambar: Pin Interest

Korang kan suka pergi kafe hipster sekarang ini. Tahu tak, sebenarnya ambil gambar sambil minum air dengan squad orang pun style apa! Lagi-lagi cup air sekarang memang banyak yang comel-comel untuk korang pose dengan girls squad. Barulah nampak awesome!

Tidak kira korang ambil sendiri atau minta orang lain yang ambilkan gambar. Boleh saja nak cuba dari mana-mana angle yang kami kongsikan. Lepas ini tak perlu nak gigih fikir nak posing di mana dan bagaimana dengan squad korang. Asyik buat peace, mini love, love, peluk dan benda biasa korang buat itu pun bosan juga kan? Why not cuba ambil gambar acah aesthetic sedikit, betul tak? Haha

What do you think?

10 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ketiak Busuk, Letak Pantyliner Pun Berkesan!

Goo Hara Bunuh Diri, Fans Risau IU Terganggu