in ,

Idea Aktiviti Fasa Terakhir Ramadan Jika Korang ‘Pishang’

Sumber gambar: infojelita.blogspot.com

Yeay! Bersyukur sangat kali ini kita dah sampai ke fasa terakhir bulan Ramadan kan? Apa yang penting adalah hari raya tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi dan mesti ramai di antara korang semua dah bersedia sangat untuk sambut hari raya walaupun masih dalam tempoh PKPB, betul tak? Jadi, untuk korang yang dah tak tahu nak buat apa sangat dan bosan duduk di rumah sebab tak boleh balik kampung itu, korang boleh cuba beberapa aktiviti yang kami cadang ini untuk hilangkan #pishang korang di rumah. Hehe.

BUAT KUIH RAYA

Sumber gambar: pinterest

Seperti yang kita sedia maklum, walaupun PKP ini ada sahaja peniaga yang menjual kuih raya tapi tak semua orang yang rajin keluar untuk pergi beli kan? Jadi, kalau korang rajin. Apa kata, korang cuba buat kuih dan biskit raya sendiri? Bukan setakat boleh buat lebih tapi korang pun dah jimatkan duit korang tau. Jangan risau kalau tiada orang nak habiskan sebab PKPB ini kan maksima 20 orang dalam satu rumah. Mesti boleh habis punya okay! 

SEDEKAH MAKANAN RUMAH KAWAN

Sumber gambar: pinterest

Apa kata korang cuba luangkan masa korang untuk memasak makanan iftar korang itu lebih sikit untuk kawan-kawan. Lepas itu, korang bungkus dalam bekal dengan baik dan hantar ke rumah kawan-kawan korang yang tinggal berdekatan dengan kawasan rumah korang. Kira bersedekah dengan kawan-kawan lah juga kan? Berkongsi rezeki berbuka gitu… Hehe!

SUSUN BAJU DALAM ALMARI

via GIPHY

Bila dah penat memasak dan hantar ke rumah kawan, korang boleh lah susun dan betulkan semula baju-baju korang dalam almari yang dah berhabuk itu. Apa kata korang asingkan baju yang masih pakai dan juga tidak. Untuk baju yang tak pakai itu, korang boleh bungkus dan recycle nanti. Baju yang boleh pakai lagi itu, korang susun ikut warna atau pun mengikut label yang korang suka. Baru lah nampak kemas sikit almari korang itu. 

BERSIHKAN BILIK

via GIPHY

Korang boleh juga kerah sikit tenaga itu dengan sapu dan mop bilik korang. Nak raya ini juga, korang tukar lah cadar dan alas bantal korang sekali. Ambil mood raya semuanya serba baru terus. Nanti baru lah bersemangat sikit pagi raya sebab bilik dah bersih, baju dah susun kemas dan tinggal nak makan dan sambut tetamu sahaja hari pertama raya nanti.

SIAPKAN LAUK RAYA

via GIPHY

Masa ini juga lah korang boleh siap siaga untuk sediakan bahan masak lauk untuk raya. Contohnya, korang boleh lah pergi order daging siap-siap untuk ambil masa malam sebelum raya, boleh juga kalau korang siapkan anyam ketupat, nanti tinggal nak isi beras dan masak saja. Boleh juga, kalau korang nak terus kupas bawang untuk tolong mak masak malam raya nanti. Kan lebih mudah itu? 

Banyak saja lagi aktiviti yang korang boleh buat sebenarnya waktu tengah bosan ini. Ikut mana yang korang suka dan selesa pun sudah memadai. Lebih lagi, bila dah masuk fasa terakhir puasa ini buat kan kita semua lagi excited nak raya, betul tak? Dan yang penting, fasa terakhir ini juga memang lebih banyak keberkatannya tau! Memang rugi kalau korang hanya tidur dan tak buat apa-apa. 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments