in , ,

IC Hilang, Pergi Report Polis?

Sumber gambar: https://www.yakimaherald.com/free_article/authorities-release-name-of-man-fatally-stabbed-thursday-morning/article_33d69a86-545f-11e8-8611-ebb9b1fc1072.html
Sumber gambar: Lunaria

MAKKKKK!!!! IC kita hilang waktu dekat sekolah tadi!

Siapa pernah hilang IC angkat tangan sikit! Okay, Ainaa pun nak join angkat tangan sebab Ainaa pernah hilang purse yang ada IC dekat dalamnya waktu form 1 dulu. Hehe! Tapi apa agaknya yang kita kena buat bila dapat tahu IC dah hilang?

BAGITAHU PARENTS

via GIPHY

Bila IC hilang, mesti termasuk purse sekali melainkan korang tak letak IC dalam purse la. Tapi in case IC tu hilang termasuk dengan purse, please bagitahu dekat parents sebab at least diorang tahu tentang masalah yang korang tengah hadapi tu. Lagipun dalam purse bukan setakat ada IC je, duit pun ada kan. So, jangan rasa takut untuk jujur dengan diorang sebab if anything senang nak settle.

REPORT POLIS

Sumber gambar: http://kids21.rssing.com/chan-11540343/all_p2.html

Then ajak parents ke balai polis berdekatan untuk buat laporan. Sebab apa kena buat report? Sekurangnya pihak polis boleh simpan record tentang kehilangan IC korang tu. Bukan apa, zaman sekarang orang lain boleh gunakan IC kita untuk kegunaan peribadi dan nanti korang yang akan tanggung akibat. Police report tu pun korang boleh bawa pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara. Untuk apa? Sambung baca dekat bawah pula…

PERGI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

Sumber gambar: http://www.spa8i.net/2018/11/permohonan-jawatan-kosong-jabatan-pendaftaran.html

Dekat sini la tempat yang last sekali korang kena pergi untuk buat IC baru. Make sure korang bawa police report tadi sekali as reference untuk pihak Jabatan Pendaftaran Negara simpan. Dekat sana korang kena buat semula IC baru macam waktu first dulu which is ambil gambar dan isi details diri. Sekurangnya gambar IC korang nampak cantik sebab dapat ambil yang baru kan. Haha!

SIMPAN ELOK-ELOK

Sumber gambar: https://twitter.com/myjoe_/status/947632334660018176?lang=en

Dah hilang sekali, jangan sesekali hilang untuk kali kedua atau ketiga. Sebab nanti kalau IC tu hilang lagi, korang kena bayar denda. Melainkan purse korang hilang sebab kena ragut atau kena curi, then tu baru la buat police report lagi dan tak perlu bayar. Tapi jangan pula menipu kata kena curi, walhal korang yang cuai sebab tinggalkan purse merata-rata.

Girls, please jaga IC korang tu elok-elok. Bukan apa, takut korang jadi macam Ainaa sebab ada strangers gunakan details IC Ainaa yang hilang tu and buat transaction palsu. So, better suruh mak simpan je la IC korang tu dekat rumah dan bawa je yang photostat punya.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Malas Layan Isu Mengarut Macam Ni! – Aiman Tino

Bila Makan, Tak Boleh Tak Ada Telur