in ,

Houseparty ‘Tempat Lepak’ Terbaik Dengan Squad

Sumber gambar: digitaltrends.com & Zoe_Lunaria

Eh? Kenapa Plato ini semuanya full house? Alamak! Tak boleh masuk pula… Hmm, nak main game apa pula ni dengan Lunasquad yang lain?

Ha! Korang mesti kalau tengok sekarang ini ramai yang lebih memilih main game secara online di aplikasi sedia ada. Lebih lagi, waktu tengah kuarantin di rumah ini. Lagi ramai yang daripada tak pernah main game langsung pun, siap join dan install untuk bermain game dengan kawan-kawan yang lain kan, setuju tak? Hehe sebab Zoe pun antara salah seorang yang tak suka main game dan sebab ramai yang kata Plato dah ramai, Lunasquad lain pun ajak Zoe untuk main game iaitu Houseparty.

Sumber gambar: zoe_lunaria

Houseparty ini apa? Macam mana nak main dia kan? Sebenarnya, cara mainnya sama dan lebih kurang Plato sahaja dan korang boleh invite kawan-kawan lain, kiranya dalam satu permainan itu ada multiplayer juga la sama macam yang lain. Selain dari itu, korang siap boleh main sambil video call tau dalam Houseparty punya aplikasi ini. Kiranya, sambil main game korang boleh lah lepas rindu untuk tengok muka kawan-kawan korang juga.

Antara game yang ada dalam Houseparty adalah kuiz yang korang boleh pilih kategori apa, game teka lukisan apa yang kawan korang lukis, trivia, heads up dan banyak lagi. Akan tetapi kalau nak dibandingkan dengan Plato punya permainan, Plato lebih banyak variasi game pilihan korang lah. Oleh sebab itu, Houseparty ini lebih kepada aplikasi video perbualan sosial sambil bermain game dan korang boleh lah cuba dengan squad korang bila tengah bosan nanti.

Sumber gambar: theverge

Walau bagaimanapun, baru sekejap sahaja game Houseparty ini nak naik. Ada pula khabar yang orang cakap, aplikasi ini mudah untuk orang lain hack akaun bank dan Snapchat korang yang mana kita pun tak pasti sama ada ia betul atau tidak sebab komuniti dari pihak bertanggungjawab Houseparty siap tawarkan duit sejuta Dolar Amerika untuk sesiapa yang dapat buktikan betul ke tidak aplikasi ini mudah untuk hack akaun orang. Apa pun, korang hati-hati sahaja lah okay! Pastikan korang tidak simpan sebarang maklumat penting yang boleh buatkan akaun korang dihack oleh orang yang tidak bertanggungjawab ya!

via GIPHY

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Roti Habis, Naim Daniel Buat Lagu Khas Untuk Roti

Keistimewaan Sebenar Jadi Seorang Perempuan