in ,

Hormat Gadis Melayu, Siwon Elak Bersalaman 😍

Sumber gambar: https://www.prestigeonline.com/hk/people-events/korean-superstar-siwon-choi-covers-prestige-hong-kong-july-2018/

Sabtu lepas idol GFriend buat konsert dekat Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam. Lepastu Jumaat malam tu pula one of K-Idol kumpulan Sistars which is Hyolyn buat showcase dekat KL.

Fuhhh back to back ya! Tak campur lagi dengan kehadiran oppa kacak, Siwon yang datang ke sini pada awal minggu lepas. Haihh.. rugi siapa yang tak dapat pergi jumpa one of K-Idol ni tau. Kehadiran Siwon yang juga pelakon dan ahli kumpulan Super Junior tu datang ke sini sempena jelajah satu produk kecantikan keluaran Amerika dan projek kemanusiaan.

Jumaat lepas, Siwon dan pelakon cantik manis, Lisa Surihani sempat ke sekolah SMK Tinggi Kajang sempena kempen #StandTogether oleh UNICEF. Kedatangan dua pelakon terkenal tu jadi bualan hangat netizen dekat semua social media.

Siwon dan Lisa dilantik sebagai duta negara masing-masing sejak tahun lepas. Program berjalan selama dua jam dan topik utama yang dibincangkan waktu tu ialah tentang isu buli dalam kalangan remaja.

Kedatangan Siwon ke SMK Tinggi Kajang dapat perhatian ramai bila ada seorang student perempuan sekolah berkenaan tolak dengan cara baik pelawaan Siwon untuk bersalam. Mula-mula dia macam confuse sebab tak faham kenapa that girl taknak salam, tapi bila ada orang bagitahu, then baru la dia faham dan terus menundukkan badan sebagai tanda hormat.

Respect oppa! Since dah pernah alami ‘awkward’ situation waktu dekat SMK Tinggi Kajang, Siwon nampaknya seorang yang fast learner ya. So waktu event dekat Sunway Pyramid, Siwon bertanya dulu pada one of fans dia dekat atas pentas sama ada nak bersalam atau tidak. Aaaaaaa cute je!

For those yang tak sempat nak jumpa dengan Siwon tahun ni, korang boleh la cuba lagi lain kali. Katanya Siwon memang selalu ke Malaysia atas utusan kerja ataupun bercuti. Jangan terlepas untuk kali kedua nanti ya!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Followers 152 Juta, Tapi Selena Tak Install Instagram!

Huawei Dah ‘Halal’ Dijual, Samsung Pula Jadi Saingan!