in ,

Home Button Iphone Rosak!

Sumber gambar idownloadblog.com

via GIPHY

“Eii! Home button problem, macam mana ni?” Aish! Ni lah satu masalah yang selalu terjadi dengan iPhone user. #Lunagirls buat apa kalau jadi macam ini? Panic sampai jerit-jerit ke? Haha.. Jangan risau Ummi ada cara untuk atasi home button rosak..

BERSIHKAN HOME BUTTON

Sumber Gambar: https://www.tenorshare.com

Biasanya korang tak sedar home button korang tu berdebu atau ada kotoran. Jadi bila dah berdebu, memang akan problem lah. Apa yang korang perlu buat, bersihkan home button dengan kapas yang  dicelup cecair alkohol. Sikit je tau girls, jangan banyak-banyak. Then, wait for the miracle..

TWIST AND SPIN

Sumber Gambar: https://jalantikus.com

Senang je cara ni, korang hanya perlu tekan home button sekuatnya, lepas tu pusing iPhone ikut arah jam. Cara ni maybe ekstrem sikit, yelah takut phone terjatuh. Jadi pegang kuat-kuat please, atau korang boleh buat atas katil takpun atas bantal. Kalau jatuh memang nangis “Duh, aduh, aduh, aduh, aduh… sayang” haha..

ON SCREEN HOME BUTTON

via GIPHY

Ni cara manual yang korang boleh guna untuk elakkan home button rosak! Korang pergi ke setting dan active kan assertive touch.. Bagi yang belum active lagi la, tapi kalau dah.. Korang guna je icon ni, jangan asyik guna home button..

GANTI TOMBOL

Sumber Gambar: https://ios.gadgethacks.com

Kalau semua benda dah try tapi still tak boleh function. Ganti je lah girls button tu dekat kedai. Memang keluar duit sikit, tapi tu lah cara terbaik. Lepas dah betulkan, jaga elok-elok jangan mengganas lagi ya.

 So girls, lepas ni korang kena berhati-hati, jangan main picit je.. Lagi-lagi time nak tukar tab, punyalah kuat tekan, macam manalah tak rosak dik oi haha.. iPhone ni bukan seringgit dua tau, rosak hari ni kejap lagi boleh beli.. Jadi hargai apa yang kita ada..

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

‘Extend’ Tidur Boleh Buat Berat Badan Naik?

Jom Buat Jus Untuk Rambut Minum!