in ,

Holiday Dengan BFF, Friendship Jadi Lebih Kuat!

Sumber gambar: Lunaria.com.my

Yeahh, cuti sekolah dah nak dekat. Mesti best kalau dapat spend time dengan BFF pergi short trip!

Kawan ada banyak kategori. Ada yang kawan baik, kawan sekadar hai bye bye, kawan biasa atau kawan sebab terpaksa. Tapi kalau dah nama kawan baik a.k.a BFF, mesti semua benda kalau boleh nak share sama-sama. Tapi boyfriend tak boleh share, kena seorang satu je, hehe! Best tau kalau dapat pergi short trip dengan BFF. Friendship akan jadi lagi kuat dan lebih rapat sebab banyak benda korang dah lalui bersama-sama. Ada seorang pakar psikologi, doktor William Chopik bagitahu yang ada bukti kukuh mengatakan percutian dengan BFF akan buat kita rasa lebih happy. Tapi bukanlah bermaksud holiday dengan family tak best, tapi ini dalam kategori berkawan. Ini sebabnya kenapa kita rasa lebih happy…

AURA POSITIVE DALAM DIRI DAN SAHABAT

Image result for aesthetic friendship
Sumber gambar: weheartit

Holiday dengan BFF akan buat kita rasa lebih happy sebab masing-masing dah faham perangai masing-masing. Bila datang perangai dan mood gila-gila, memang sungguh gila-gila. Tapi kalau kena behave, masing-masing control diri supaya dapat bertahan untuk terus behave. Lastly nanti confirm masing-masing gelak sakan. At the same time korang akan rasa lebih positive dalam diri sebab dikelilingi oleh kawan baik sendiri yang memahami kita.

RASA DIRI LEBIH BERMOTIVASI

via GIPHY

Bila dah berkumpul dengan BFF, akan ada banyak benda yang korang akan sembang dan gosip! Dari pagi sampai ke malam, sambung sampai esok pun rasanya takkan habis bercerita. So bila ada sesi luahan perasaan, mesti akan ada yang bagi nasihat. Lebih lagi pada yang tengah rasa down. Mereka mesti akan berusaha untuk bagi nasihat atau fikirkan jalan penyelesaian untuk korang. So dekat situ dah nampak yang masing-masing ada effort untuk bahagiakan diri masing-masing. Korang pun rasa happy je sebab jadi lebih bersemangat lepas dah jumpa dengan mereka.

NO MORE TEKANAN

via GIPHY

Kadang-kadang kita tak nak share semua masalah dekat orang lain. Ada certain things kita lebih selesa simpan seorang diri, sampai tak boleh nak hadap baru cari jalan penyelesaian. Tapi bila dapat spend time pergi dengan kawan-kawan, semua masalah itu akan hilang sebab kita tengah dalam keadaan cuba untuk lupakan segala masalah. Siapa je yang suka bila tengah holiday pun ada masalah juga? Kita kalau holiday mesti nak enjoy dan happy je.

FRIENSHIP LEBIH KUAT DAN UTUH

Image result for bff meme
Sumber gambar: distractify

Bila berkawan tak bermaksud kena jumpa selalu. Ada certain orang kawan baik tapi jumpa sebulan sekali or even setahun dua atau tiga kali je. Masing-masing bersekolah, maybe ada BFF yang sekolah jauh so tak ada masa nak spend together. Tapi kalau dapat berjumpa tu memang terus ajak pergi short trip la ceritanya! Friendship korang akan jadi lebih kuat sebab korang takkan ada masalah common macam BFF lain yang berjumpa setiap hari. Maybe friendship itu akan bertahan bertahun lamanya! Zaman sekarang ramai je student sekolah yang dah berani pergi short trip jalan-jalan. Cuma parents kena tahu ke mana korang pergi, baru mereka boleh benarkan nak berjalan ke mana-mana.

So lepas ini boleh plan short trip dengan BFF korang! Tak perlu pergi jauh-jauh pun, cukup dalam Malaysia je. Or else korang minta parents booking mana-mana Airbnb dan ajak BFF korang stay satu malam dekat situ! Cari Airbnb yang ada swimming pool, boleh korang swimming sama-sama dekat sana! Tak keluarkan banyak duit pun, cukup sekadar duit makan dekat sana. Ehemm, minta parents belanja staycation korang dekat sana, hehe!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

‘Cuci’ Mata Percuma Dengan Cara Menangis

Nak Kemas Bilik Waktu Cuti? Ini Barang Korang Kena Simpan