in ,

Hilangkan Gagap Dengan Teknik Ini!

Sumber gambar: https://www.entwellbeing.com.au/what-to-expect-in-an-initial-stuttering-speech-pathology-assessment/

Gagap ni adalah salah satu gangguan komunikasi yang dihadapi oleh certain orang.. Mereka ni pulak akan malu untuk bercakap, especially bila ada orang yang mengusik atau mengajuk cara dia bercakap.. Tak baik tau sebenarnya, bukan diorang ni mintak jadi macam ni… Namun, bagi girls yang ada masalah ni, korang mungkin boleh cuba teknik ni untuk hilangkan masalah ni..

BERCAKAP PERLAHAN-LAHAN

Sumber gambar: Pinterest.com

Kalau boleh ambil masa untuk korang habiskan ayat tu.. Dengan bercakap perlahan, kita dapat fikir dulu ayat apa nak cakap. Teknik ni dapat pun boleh mengurangkan tekanan sebab korang dah tau nak cakap apa dan cara cakap korang pun akan jadi lebih baik. Lama-lama korang practice teknik ni, mungkin ia dapat hilangkan terus gagap korang ni.

MEMBACA DENGAN KUAT

via GIPHY

Latihan membaca akan membuatkan korang fokus waktu bertutur. Time membaca pulak sebut perkataan tu berulang-ulang.. Cuba baca dengan nada dan kelajuan yang korang selesa. Banyak tau manfaat membaca kuat ni, antaranya korang boleh memperbaiki sebutan korang. Yang tak ada masalah ni pun boleh cuba ! Tapi jangan baca time orang nak tidur dah la, bising pulak siblings korang sebab ganggu diorang nak tidur, hihi…

BERNAFAS DENGAN BETUL

via GIPHY

Bila bercakap gagap, akan menyebabkan korang stress, ye lah setiap kali nak cakap mesti sangkut-sangkut. Jadi tarik nafas dalam-dalam before korang mula bercakap, sebab ia membantu untuk korang tenang. Selain tu, kalau bernafas dengan betul, ia akan beri ruang antara kata, tak la ada masalah pernafasan tersekat-sekat..

BERLATIH DENGAN BERNYANYI

via GIPHY

Siapa je yang tak suka menyanyi kan? Kalau boleh setiap masa nak menyanyi.. Satu fakta menarik, gagap hanya akan jadi bila waktu bercakap je dan tidak bila korang menyanyi.. So teknik menyanyi ni untuk bercakap dapat kurangkan gagap tu. At first memang kelakar, sebab korang akan bercakap dengan irama, macam orang berpidato, hihi.. Tapi kalau tak cuba tak tau kan?

But #Lunagirls, kalau korang tak mampu nak mengatasi sendiri atau benda ni jadi lebih teruk, cepat cepat jumpa doktor tau! Semoga tips dan teknik ni dapat membantu girls yang ada masalah ni..

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sebenarnya Mandi Air Panas Buat Kita..

Surprise Paling Onz Untuk Kawan!