in ,

Hijabis Kena Ada Barang ‘Emergency’ Ni!

Sumber gambar: Tumblr

via GIPHY

Tengah syok makan ayam goreng, sekali pin tudung tercabut! Nak betulkan tudung tapi tak ada cermin pula. Alaaa macam mana ni?!

Hi #Lunagirls! Sebelum ni Ainaa ada buat artikel tentang emergency kit untuk ke sekolah.. Harini Ainaa akan senarai emergency kit untuk para hijabi untuk memudahkan urusan harian kita dekat luar! Dah nama pun emergency, so kita tak tahu bila ia diperlukan! Make sure barangan yang Ainaa senarai kejap lagi korang kena ada okay? Antara barang-barang tu ialah…

PIN TUDUNG

Sumber gambar: Hot FM

As a hijabi, kita kena bawa at least satu pin tudung dan dua jarum peniti extra sebagai langkah berjaga-jaga! Kadang-kadang tanpa kita sedar, ada pin yang dah tertanggal.. Kalau tak letak pin habis la dah tak lawa tudung tu, so that’s why kena bawa pin ke mana-mana je kita pergi! Pernah terjadi dekat kawan Ainaa, pin tudung dia rosak dan tercabut! Haa.. kelam kabut korek beg cari pin extra! Haha!

CERMIN

Sumber gambar: Notonthehighstreet.com

Dah nama pun perempuan, cermin pun salah satu kawan baik kita! Haha! Bila ada cermin, senang la nak betulkan tudung di mana saja kita berada.. Baru la tudung selalu on point! Mana tahu crush tiba-tiba lalu.. kita kenalah nampak ayu dan comel tak kira masa! Hihi! Tapi kita tak perlu bawa cermin yang besar pun #Lunagirls.. bawa cermin yang bersaiz compact okay? Besar-besar nak pergi mana sis! Hihi!

TUDUNG

Sumber gambar: instagram.com/rhstore.co

Macam pelik je kan nak bawa tudung extra bila keluar? Sebenarnya ada situasi yang kita perlukan tudung extra! Cuba bayangkan tengah makan dekat luar, tiba-tiba sos cili terpercik terkena dekat tudung.. Aiyok! Nak cuci pun tak boleh sebab takut tinggalkan kesan pula.. Dan tak kan nak sambung berjalan dengan tudung kotor? No….. Huhu! Kalau #Lunagirls nak senang, bawa je tudung yang tak perlu digosok, ringan dan berwarna gelap supaya mudah nak match it with your outfit of the day!

PEWANGI TUDUNG

Sumber gambar: Zaiza Pewangi

Kenapa kena ada pewangi tudung? Bila kita dah pakai tudung sehari suntuk, mesti berpeluh kan? Bila #Lunagirls dah rasa ada bau lain macam, korang terus spray perfume tu dekat tudung okay! Kalau guna perfume or body mist, akan ada kesan tompokan pula nanti.. lebih baik kita spend sikit duit untuk jaga kualiti tudung kita!

Ada antara hijabi #Lunagirls yang memang ada emergency kit macam ni dalam beg? Kalau ada barang lain yang korang bawa, boleh la kongsi idea dengan Ainaa juga tau! Kita kenalah saling mengingati.. Hehe!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Nak Pergi Konsert.. Tapi Apa Nak Pakai?! OMG!

Senarai K-Idol Pernah ‘Gegarkan’ Malaysia!