in ,

Hidung Kembang? Kemek? Say No More! 👃

Sumber gambar: ournewsreport.com

#Lunagirls geram tak tengok orang yang ada hidung mancung? Orang kata hidung mancung akan buatkan muka kita nampak on point dan cantik.. Korang setuju? Tapi sebenarnya ada tricks tau nak buat hidung yang kembang jadi mancung tanpa plastic surgery! Meh Ummi kongsikan tricks yang Ummi buat untuk dapatkan hidung lebih mancung secara semula jadi.. Jangan risau, ia murah dan selamat!

GUNA PRODUK

Sumber Gambar: https://www.bukalapak.com/

Sekarang ada banyak produk untuk mancungkan hidung terjual dekat pasaran! Yang paling popular is nose-up clipper! Ummi ada sediakan gambar dekat atas ini.. Produk ni boleh tolong hidung kita nampak lebih mancung lepas seminggu dua penggunaan! Dan kalau #Lunagirls nak pakai selama tiga hingga enam bulan pun tak ada masalah! Tapi girls sebelum pakai baca dulu manual dia tau.. ikut cara yang telah disediakan!

CUBIT HIDUNG

Sumber Gambar: https://www.gulalives.co

Ummi selalu ingat mak pesan “Ha! Kepit dengan pengepit baju, kalau nak hidung mancung” tapi Ummi takut nak buat sebab sakit! Haha! #Lunagirls janganlah kepit guna pengepit baju, korang boleh cubit hidung guna ibu jari dan jari telunjuk, kemudian tahan selama empat sampai lima minit! Buat secara relax dan konsisten barulah nampak kesan yang ketara!

URUT HIDUNG

Sumber Gambar: http://www.azhan.co/

Kalau korang dah cuba cubit hidung dan nak kesan yang lebih cepat,apa kata kali ini kita urut hidung pula! Cara yang ini senang je girls.. korang perlu urut menggunakan jari dengan menolak hidung ke atas dan ke bawah! Ha! Macam gambar dekat atas ini, mudah je kan? Ummi selalu buat setiap malam sebelum tidur..

SENAMAN

Sumber Gambar: http://www.azhan.co/

Senaman hidung ini di panggil, Smiling Fish Frenzy! Ada beberapa steps yang kita kena ikut tau! #Lunagirls kena senyum sehingga nampak gigi dan korang kena tahan posisi tu selama 15 ke 20 minit, selepas tu kembungkan pipi dan terus buat mulut ikan! Korang boleh ikut je contoh gambar Ummi sediakan diatas.. Mudahkan?

Ha! Korang rasa cara yang mana lebih senang dan #Lunagirls nak cuba? Kalau Ummi pilih untuk beli nose-up clipper, lebih senang! Yelah dalam masa 10 ke 15 minit itu, boleh buat aktiviti lain.. layan movie pun sempat! Hehe!

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Boleh Belajar Martial Art Online? Say Whattt!

Malas Jaga Muka Tapi Nak Cantik? Hello?!