in ,

Hi Newbies, Ini Jenis Bra Yang Korang Kena Tahu…

Sumber gambar: healthline.com

Nak pakai mana satu ni, dah la baru nak berjinak-jinak dalam alam dewasa. Tak tahu pula bra ada banyak jenis… Erghh leceh betul la macam ni.

Jangan tahu pakai je bra tu, kena juga tahu jenis-jenis bra, apa kegunaannya, bila waktu yang sesuai untuk pakai bra tersebut dan macam-macam lagi la. Korang mesti tertanya-tanya kenapa agaknya ada banyak jenis bra dijual dekat pasaran kan? Untuk maklumat, setiap bra itu ada fungsinya yang tersendiri mengikut jenisnya. Sebab itu la kenapa ada banyak pilihan dijual dekat pasaran. Ada jenis bra yang memang direka khas untuk certain function. Jom check it out supaya selepas ini korang tak salah pakai bra pula ya, hehe!

SPORTS BRA

adidas Don't Rest Alphaskin Badge of Sport Bra - Red | adidas Malaysia
Sumber gambar: Adidas Malaysia

Since sekarang dah boleh buat aktiviti PJK dekat sekolah, korang mesti rindu nak bersukan dekat sekolah kan? Maklum la nak bersukan lepas habis sekolah tu macam lambat lagi je, PJK je la masa yang paling sesuai nak bersukan. Tapi risau pula kalau kena melompat sana sini, malu juga kalau ada yang ‘melompat’ sekali kan? Jangan risau, kita kan ada sports bra. Sports bra ini mampu untuk ‘menekan’ payudara kita supaya berada dalam keadaan yang lebih selesa dan tidak goyang ke kanan dan ke kiri. Korang memang akan selamat as long as pakai sports bra bila bersukan. Nak swimming pun okay juga so that tak ada la nampak seksi sangat bila kena basah kan.

UNDERWIRE BRA

Hanes Girls' 2pk Molded Underwire Bra With Convertible Straps - Beige/Black 36 : Target
Sumber gambar: Target

Obviously bra jenis macam ini mempunyai dawai pada bahagian bawah bertujuan untuk menyokong payudara kita daripada jatuh. Ada sesetengah orang rasa tak selesa dengan underwire bra ni sebab dawai di dalamnya agak keras jadi sakit la bila terkena kulit. Boleh jadi kalau yang mempunyai kulit sensitive, akan naik kemerah-merahan pada kawasan payudara. So kalau korang nak pakai underwire bra ini, make sure jangan bawa tidur ya sebab ia akan menyakitkan payudara kita. Pada masa yang sama ia juga tidak sesuai dipakai dalam tempoh yang lama.

MINIMIZER BRA

Which is the best minimizer bra? - Quora
Sumber gambar: Quora

For those yang mempunyai rangka besar, kadang-kadang kalau pakai bra biasa ni akan buatkan rasa tak selesa sama ada terlalu ketat ataupun longgar. Bra yang sesuai untuk korang ialah bra minimizer dan disebabkan bentuknya yang agak lebar, sebab itu ia sesuai untuk digunakan mengikut bentuk rangka korang. Cup yang dimiliki untuk bra jenis ini ialah cup besar so for those yang memiliki payudara besar, jangan risau sebab bra ini akan ‘sorok’ sedikit saiz sebenar payudara korang.

STRAP BRA

Jual Kode-MSS1 Bra Tanpa Kawat/Spaghetti Strap Bra/Push Up Bra - Merah - Kota Makassar - SERENDIPITY168 | Tokopedia
Sumber gambar: Amazon

Kadang-kadang nak juga bergaya pakai dress kan, of course la pada masa yang sama kita tak nak nampak apa yang kita pakai dekat dalam baju. Bra yang patut korang pakai ialah strap bra which is kita boleh adjust talinya sama ada nak pakai tali jenis biasa atau silang. Nak lagi senang tak perlu pakai tali sebab bra jenis ini mampu untuk menyokong payudara kita tau. Kalau korang tengok orang lain pakai dress seksi tu, mereka pasti akan pakai strap bra atau lagi senang cabut je tali supaya ia nampak lebih cantik.

PUSH UP BRA

Aesthetic Green 36B 34B Embroidery Girls Underwear Push Up Lace Flower Bra | eBay
Sumber gambar: Ebay

Tak suka pakai bra yang ada besi? Jangan risau sebab push up bra ada untuk korang. Bra ini akan memberi effect ‘besar’ pada payudara kita disebabkan ketahanannya untuk menampung tanpa dawai.

BRALETTE BRA

Bralette Push Up Workout Cropped Top | AESTHETIC FEED | TUMBLR OUTFITS | CHEAP CLOTHES FINDS
Sumber gambar: WeHeartIt

Nakkan sesuatu yang lain dan menonjol? Pakai la bralette bra kerana ia sendiri mempunyai corak yang cantik. Sesuai juga untuk dipakai waktu tidur sebab selesa at the same time cantik sebab siap ada renda lagi tau, hehe! Biasanya dekat negara luar, mereka akan pakai sebagai pakaian biasa pada musim panas. Maklum la musim panas dekat sana mereka mesti la nak pakai baju yang sesuai, tak ada la berpeluh. Kalau korang pakai bralette bra waktu jalan-jalan dekat KL, confirm nanti kena kecam sebab seksi sangat la pula.

Kalau korang masih pening nak pilih bra lagi, boleh la tanyakan kepada mak atau kakak korang yang lebih berpengalaman. Jangan malu tau sebab nanti kalau korang salah pakai bra, sendiri yang merana pula…

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cerita Di Netflix Yang Tengah Hot Di Malaysia!

Pencuci Muka Yang Sesuai Untuk Kulit Remaja!